
Ahmad Farhan mewakili Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berharap usaha kecil itu dapat memberikan manfaat dan kemudahan kepada waris serta pihak pengurusan Tanah Perkuburan Islam Bukit Ubi, Kuantan pada 14 April 2025. Foto Facebook Ahmad Farhan Fauzi
KUALA LUMPUR, 15 Apr – Isu bekalan air di Tanah Perkuburan Islam Bukit Ubi, Kuantan akibat bil tertunggak mendapat perhatian Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim apabila tampil menghulurkan sumbangan sebanyak RM5,000 bagi membantu menyelesaikan perkara itu.
Sumbangan itu diserahkan Setiausaha Politik Perdana Menteri Ahmad Farhan Fauzi mewakili Anwar bagi menjelaskan tunggakan bayaran yang mencecah ribuan ringgit kepada Pengurusan Air Pahang Bhd (PAIP).
Menerusi hantaran di Facebook hari ini, Ahmad Farhan memaklumkan isu bekalan air yang berlaku sejak Mac lepas itu memberi kesan kepada pengurusan dan kemudahan asas di kawasan perkuburan yang sering diziarahi waris dan masyarakat setempat.
“Alhamdulillah, proses penyambungan semula bekalan air telah dilaksanakan. Terima kasih kepada semua pihak yang cakna dan bersama-sama memastikan kemaslahatan masyarakat terus terpelihara,” katanya dalam hantaran yang turut dikongsi di laman Facebook Anwar.
Ahmad Farhan berharap usaha kecil itu dapat memberikan manfaat dan kemudahan kepada waris serta pihak pengurusan tanah perkuburan berkenaan.
No comments:
Post a Comment