GAZA MILIK AMERIKA, TEBING BARAT PUN TAK LAMA LAGI

Mat Sabu


Amerika Syarikat patut diberi Gaza. Kenapa? Sebab mereka dah banyak berbelanja untuk “mengusir” penduduk Gaza. Bukan murah nak lancarkan serangan, bekalkan senjata, buat propaganda sana sini. Itu semua perlukan duit. Dan duit mereka yang keluar. Jadi, adil kalau mereka dapat hasilnya, bukan?


Negara-negara Arab dan umat Islam? Sibuk buat sidang, keluar resolusi, kecam sana, kutuk sini. Tapi yang bergerak dan bertindak siapa? Amerika. Mereka keluarkan duit, mereka buat kerja, mereka dapat hasil. Mudah saja logiknya.


Tebing Barat pun dalam proses. Amerika tengah berbelanja besar untuk “mengamankan” kawasan itu. Jadi, kalau satu hari nanti Tebing Barat pun jatuh ke tangan mereka, jangan terkejut. Sebab kalau kita tak buat apa-apa untuk pertahankan sesuatu, jangan hairan kalau orang lain ambil alih.


Mahu Gaza bebas? Mahu Tebing Barat kekal milik Palestin? Buatlah sesuatu. Bukan sekadar buat bising dan buat konsert.


Hey Negara Arab dan umat Islam, bila lagi nak sedar?



No comments: