Penglibatan TNB Dalam Sektor Tenaga Baharu Bawa Manfaat Kepada Malaysia – PM Anwar

 


Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada majlis pelancaran 'Additional 102MW Eastfield and Bunkers Solar Farms: Showcasing TNB’s Growth In Renewable Energy In The United Kingdom' pada Khamis. Foto Facebook Anwar Ibrahim

LONDON, 17 Jan – Penglibatan Tenaga Nasional Berhad (TNB) dalam sektor tenaga boleh baharu (TBB) di United Kingdom (UK) akan membawa manfaat jangka panjang yang besar kepada Malaysia, terutamanya dari segi pemindahan teknologi, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pada majlis pelancaran ladang solar berkapasiti 102 Megawatt (MW) Eastfield dan Bunkers Hill TNB di sini pada Khamis, Perdana Menteri menekankan Malaysia sedang giat mencari pelaburan baharu dalam sektor TBB didorong oleh pertumbuhan teguh ekonomi dan perkembangan pesat di rantau Asia Tenggara.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada majlis pelancaran ‘Additional 102MW Eastfield and Bunkers Solar Farms: Showcasing TNB’s Growth In Renewable Energy In The United Kingdom’ pada Khamis. Foto Facebook Anwar Ibrahim

“Dengan perubahan masa, anda menyedari bahawa kini terdapat peralihan daripada penggunaan tenaga konvensional kepada tenaga baharu, tenaga boleh diperbaharui.

“Dan TNB sebagai pemain utama telah menunjukkan prestasi yang luar biasa,” katanya yang memuji iltizam syarikat tenaga itu menerajui TBB di Asia Tenggara.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada majlis pelancaran ‘Additional 102MW Eastfield and Bunkers Solar Farms: Showcasing TNB’s Growth In Renewable Energy In The United Kingdom’ pada Khamis. Foto Facebook Anwar Ibrahim

Turut hadir Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz; Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir; Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Johari Abdul Ghani dan Presiden merangkap Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) TNB, Datuk Megat Jalaluddin Megat Hassan.

Dalam konteks ASEAN, Anwar, yang juga Menteri Kewangan berkata kerajaan akan mengutamakan untuk meningkatkan kerjasama tenaga serantau melalui Grid Kuasa ASEAN, satu inisiatif kritikal bagi memajukan peralihan tenaga rantau ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada majlis pelancaran ‘Additional 102MW Eastfield and Bunkers Solar Farms: Showcasing TNB’s Growth In Renewable Energy In The United Kingdom’ pada Khamis. Foto Facebook Anwar Ibrahim

“Antara langkah utama termasuklah menyepadukan grid tenaga Thai dan Laos ke dalam rangkaian ASEAN yang lebih luas dan mengeksport tenaga hidroelektrik Sarawak ke Singapura.

“Usaha ini menandakan satu langkah penting ke arah mengukuhkan jaminan tenaga dan mempercepat peralihan tenaga bersih di Selatan Global,” katanya.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada majlis pelancaran ‘Additional 102MW Eastfield and Bunkers Solar Farms: Showcasing TNB’s Growth In Renewable Energy In The United Kingdom’ pada Khamis. Foto Facebook Anwar Ibrahim

Perdana Menteri berkata TNB bersama-sama pemain lain telah dipertanggungjawabkan untuk menjalankan penyelidikan bagi meneroka saluran baharu, khususnya dalam bidang TBB dan memuji usaha syarikat utiliti nasional itu kerana meneruskan pelaburan dalam latihan dan kepakaran.

“Skala pelaburan TNB adalah pada peringkat nasional di sini, dan sudah tentunya memerlukan usaha yang besar.

“Saya berterima kasih kepada TNB atas peranan mereka dalam pelan hala tuju peralihan tenaga,” kata beliau.