BILA SEKOLAH CINA DAPAT BANTUAN
Hari2 isu perkauman dibangkitkan utk rosakkan negara
ANWAR PM MALAYSIA BUKAN MELAYU
Seperti biasa entah apa jenis Ustaz dlm pembangkang ini kerjanya naikkan api perkauman. Islam amalan apa Ustaz Zamani yg kerap kali memainkan api perkauman.
Selain itu turut memainkan isu sama ialah sebuah badan NGO. Mari kita lihat data dan fakta sb jika agamawan akhir zaman, 10 dia ulas 11 jgn percaya.
Baru saja PMX umum peruntukan sebanyak RM20.16 juta utk 63 sekolah persendirian Cina, pembangkang terus melompat macam kera kena belacan.
Diserangnya kerajaan, kata kerajaan Madani ni zalim, abaikan Melayu Islam, kerajaan liberal, dan macam2 lagi. Sebenarnya setiap kali ada peruntukkan sekolah Cina mesti diungkit kononnya PM lebih kasih kpd bangsa Cina.
Siapa kata PMX tak bantu sekolah agama atau institusi Islam? Dlm Belanjawan 2025, sebanyak RM2 bilion diperuntukkan utk hal ehwal Islam, termasuk memperkasakan institusi pendidikan Islam.
Untuk tahun ini saja, RM150 juta disalurkan kpd sekolah tahfiz dan institusi yg melaksanakan KAFA di premis bukan KPM.
Berbeza betul dgn dulu. Zaman Najib pada 2017, kerajaan cuma peruntukkan RM80 juta utk sekolah agama. Masa Perikatan Nasional pula, peruntukkan hanya RM100 juta.
Tapi di bawah PMX tahun ini, jumlah tu melonjak ke RM150 juta, peruntukkan tertinggi setakat ini utk sekolah agama! Isu
Tuduhan sekolah2 ni dapat peruntukan walaupun tak ikut silibus KPM atau pelajarnya tak fasih berbahasa Melayu juga hanyalah retorik pembangkang.
Fakta sebenar, salah satu sebab sekolah2 ni layak dpt peruntukan ialah kerana mereka dah sesuaikan kurikulum pendidikan dgn keperluan KPM serta memartabatkan bahasa kebangsaan (Insert video).
PAS tak payah kalut sangat, parti sendiri pun iktiraf sekolah persendirian Cina. Tahun 2021, kerajaan PN juga pernah bagi peruntukan RM15 juta kpd 63 sekolah persendirian cina.
Dan pada tahun yang sama, Sanusi Md Nor, siap sumbang RM100,000 kpd tiga sekolah menengah persendirian Cina di Kedah. Jadi, kalau dulu boleh, kenapa sekarang nak bising? Nak tanya berapa Sanusi beri kpd sekolah agama di seluruh Kedah???
Bila cakap pasal sekolah persendirian, kita kena faham. Dana yg diberi bukan semata mata utk satu pihak. Sama ada sekolah agama atau sekolah persendirian Cina, tujuannya sama, elak anak2 tercicir sebab mereka ni masa depan negara.
Baru2 ini PMX berikan peruntukkan sebanyak RM1 juta utk pembinaan Pusat Pengajian Islam At-Taiyyibin di Tanah Hitam, Chemor. Ini bukti kerajaan tak pilih kasih, semua dibantu demi pendidikan anak bangsa.
Jadi, apa sebenarnya masalah pembangkang? Takkan beri dana pada institusi pendidikan pun nak dijadikan isu?
Sebenarnya Ustaz Rasis ini hanya utk mengapi apikan perkauman sahaja. Saya ingin bertanya kpd pemimpin2 PAS ketika Lim Gua Eng mengurangkan peruntukan yg sebelum ini diberi sebanyak RM 60 juta mengapa tidak dipuji?
Keputusan mengurangkan peruntukan tahunan kpd Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR) dan Kolej Universiti Tunku Abdul Rahman (KUTAR) utk memastikan ada pemisahan antara pegangan parti politik dgn institusi pendidikan.
Kenapa tidak bising peruntukkan begitu besar diperolehi dua pusat pengajian swasta yg dikuasai MCA ini? Sebab dia MCA tidak mengapa peruntukan yg begitu besar. Nampak sgt jahat dan hipokrit PAS dlm isu ini.
ORG MELAYU JGH FIKIR BANGSA SENDIRI
Kena faham, kita ni negara berbilang bangsa. PMX perdana menteri utk semua kaum, bukan utk Melayu saja. Takkan dana hanya boleh diberi kpd bangsa Melayu saja.
Apa nasib org Kadazan Dusun, Iban, Dayak, Bajau di bumi Borneo jika org Melayu hanya memikirkan nasib Melayu sahaja. Sdgkan mereka juga sebagai manusia dan rakyat Malaysia perlu juga dibela.
Sb ini Anwar Ibrahim dianggap sebagai Perdana Menteri sebenar utk sebuah negara bernama Malaysia. ‘Anak Melayu anak saya, anak Cina anak saya, anak India anak saya, anak Kadazan anak sya, anak Iban anak saya…’ kata Anwar Ibrahim.
ORG AGAMA PECAH BELAHKAN KAUM DAN AGAMA
Akhir2 ini sikap fanatik agama telah merosakkan keharmonian kaum di negara kita. Yg pelik memainkan isu perkauman ini bukan dari golongan profesional tetapi agamawan.
Mereka telah mendorong berlakunya konflik, malah mengembangkan konflik. Dgn membiarkan konflik dan ketegangan ini berlanjutan, akhirnya ia membawa budaya yg membentuk ekstremisme dan fanatisme.
Sebab itu semalam saya menasihati Kementerian Agama utk segera mencari pendekatan yg mempromosi pemahaman, toleransi, bahkan kesatuan antara org beragama.
Pendek kata menghapuskan tembok perkauman ini dgn membina tembok perpaduan. Berdasarkan punca konflik antara agama, ia berlaku dlm kalangan org yg tidak memahami agama lain dgn lebih baik.
Contoh org Melayu di Kelantan dan Terengganu yg terbiasa dlm suasana kehidupan 90% Melayu, mereka tidak faham dan janggal kehidupan dlm suasana kepelbagaian kaum.
Oleh itu seminar atau dialog antara agama perlu kerap dianjurkan utk memberikan pemahaman pelbagai agama yg lebih mendalam kpd masyarakat, terutama masyarakat yg sedang berkonflik angkara org politik.
Tanya saya konflik agama bukan perkara baru dan sejarah dunia menceritakan Perang Salib di antara Islam dan Kristian selama 195 tahun.
Dlm sejarah moden dunia terdapat beberapa konflik agama seperti di Sudan, Kashmir, Bosnia dan beberapa negara yg mengorbankan banyak nyawa.
Masalahnya berpunca dari pihak yg berusaha utk menjadikan agama dan bangsa mereka sebagai satu satunya agama dan satu2 bangsa yg diiktiraf, lalu berusaha utk menghapuskan semua agama dan bangsa lain.
Isu di negara kita ada sedikit berbeza. Org Melayu dimainkan sentimen agama hanya utk tujuan politik. Akhirnya tanpa disedari api perkauman dimainkan silap2 boleh menjurus pergaduhan antara kaum kerana ia telah dimainkan secara ekstrims.
Sb itu saya katakan ajaran PAS ini telah terpesong dari landasan Islam. Sdgkan kita fahami Islam itu bersifat Rahmatan lil 'alamin bermaksud rahmat utk seluruh alam.
Kitab Veda agama Hindu yg tertua, iaitu Rig Veda mengungkapkan Loka Samastha Sukino Bhavantu bermaksud “Semoga semua makhluk di dunia hidup bergembira dan bebas” dan ayat ini diucapkan oleh penganut Hindu ketika mereka beribadat.
Petikan ini menunjukkan betapa universalnya penghargaan agama2 utama dunia terhadap keamanan. Inilah yg diajar oleh agama kita yg menjurus kpd keamanan melalui keadilan.
Dlm konteks ini, kita dapat lihat bahawa semua agama mempunyai fungsi dan tujuan yg sama iaitu mendidik manusia utk melakukan perkara yg baik.
Sebab itu saya hairan bagaimana sebuah parti yg mengaku Islam mengajar pemimpinnya melakukan fitnah yg keji, membenci kaum2 lain, pemimpinnya ada mengamalkan rasuah dan bermacam mcm lagi perkataan yg terkutuk.
Politik cara PAS ini bahaya utk masa depan negara. Jika ia berkembang Bersatu dan UMNO akn sedar kesilapan mereka yg telah membantu membenihkan fahaman khawarij di negara. Ketika itu semuanya sudah terlambat.