PAS tetap PAS. Bukan Islam je yang dia buat macam harta pusaka. Nampaknya dia ingat Allah ﷻ pun hak dia je. Boleh 𝘀𝘂𝗿𝘂𝗵 𝘀𝘂𝗿𝘂𝗵 𝗯𝘂𝗮𝘁 𝗶𝘁𝘂 𝗶𝗻𝗶 sesuka hati.
Khabarnya mamat ni 𝗦𝗨 𝗔𝗸𝗵𝗯𝗮𝗿 𝗦𝗮𝗻𝘂𝘀𝗶. Dia doa agar Allah ﷻ turunkan bala kepada 𝗡𝗴𝗮 𝗞𝗼𝗿 𝗠𝗶𝗻𝗴 macam 𝗯𝗮𝗹𝗮 𝗸𝗲𝗽𝗮𝗱𝗮 𝗗𝗼𝗻𝗮𝗹𝗱 𝗧𝗿𝘂𝗺𝗽 iaitu kebakaran di LA.
Masalah pertama. Mana dia tahu yang kebakaran yang berlaku di Amerika tu 𝗯𝗮𝗹𝗮 𝗱𝗮𝗿𝗶 𝗔𝗹𝗹𝗮𝗵 ﷻ? Dia ni dapat wahyu ke sampai boleh sebegitu pasti?
Apa yang berlaku, apa tujuannya, semuanya 𝗵𝗮𝗸 𝗔𝗹𝗹𝗮𝗵 ﷻ semata-mata. Kita tak payahlah nak pandai-pandai. Lainlah kalau 𝗱𝗮𝗽𝗮𝘁 𝘄𝗮𝗵𝘆𝘂 Allah ﷻ katakan begitu.
Masalah kedua, kalau betul Allah tunaikan permintaan dia, diturunkan bala kepada Kor Ming macam yang dia minta, dia ingat kesan tu pada Nga Kor Ming je ke?
Dia tak tengok apa terjadi di US tu? Berapa ramai yang terkesan? 𝗗𝗼𝗻𝗮𝗹𝗱 𝗧𝗿𝘂𝗺𝗽 𝗺𝗮𝘁𝗶 𝘁𝗲𝗿𝗯𝗮𝗸𝗮𝗿 𝘁𝗮𝗸? Elok je orang tua tu. Sebab tu 𝗷𝗮𝗻𝗴𝗮𝗻 𝘀𝘂𝗸𝗮-𝘀𝘂𝗸𝗮 𝗸𝗮𝘁𝗮 𝗶𝗮 𝗯𝗮𝗹𝗮 𝗱𝗮𝗿𝗶 𝗔𝗹𝗹𝗮𝗵 ﷻ. Merosakkan imej Islam.
Agaknya dia nak tengok api marak membakar negeri Perak? Itu la bodoh mamat ni. Hati tu terlampau busuk dan kaudu. Sampai 𝗷𝗲𝗷𝗮𝘀𝗸𝗮𝗻 𝗳𝘂𝗻𝗴𝘀𝗶 𝗼𝘁𝗮𝗸!
Sebenarnya doa dia ni satu jenis mainan politik jugak. Dia 𝗰𝗶𝗽𝘁𝗮 𝗽𝗲𝗿𝘀𝗲𝗽𝘀𝗶 kononnya Nga Kor Ming menghina Islam. Kemarahan dia tu 𝗽𝗮𝗹𝘀𝘂 𝗱𝗮𝗻 𝗱𝗶𝗯𝘂𝗮𝘁-𝗯𝘂𝗮𝘁 demi nak 𝗽𝗮𝗻𝗰𝗶𝗻𝗴 sentimen orang Melayu.
Kalau nak kita hina Islam, tu 𝗮𝗴𝗲𝗻𝘀𝗶 𝘂𝗺𝗿𝗮𝗵 yang tipu orang Melayu Islam tu lebih menghina. Jadikan ibadah sebagai 𝗰𝗮𝗿𝗮 𝙨𝙘𝙖𝙢 orang miskin. Tak marah pulak?
Kalau betul pun terasa Islam dihina, ikutlah 𝗰𝗮𝗿𝗮 𝗡𝗮𝗯𝗶 ﷺ saat Baginda bukan setakat dihina, bahkan disiksa orang Thaif. Sampai bertakung darah di dalam sepatu Baginda ﷺ.
Ada Baginda ﷺ doakan kemusnahan? Tidak. Bahkan Baginda ﷺ berdoa 𝗮𝗴𝗮𝗿 𝗯𝘂𝗺𝗶 𝗧𝗵𝗮𝗶𝗳 𝗺𝗲𝗻𝗷𝗮𝗱𝗶 𝗽𝘂𝘀𝗮𝘁 𝗱𝗮𝗸𝘄𝗮𝗵. Dan tengok sekarang apa berlaku?
Dari doakan kemusnahan, kan lebih baik kalau doakan agar Nga Kor Ming 𝗱𝗶𝗯𝗲𝗿𝗶𝗸𝗮𝗻 𝗵𝗶𝗱𝗮𝘆𝗮𝗵. Itu baru cara Islam sebenar. Yang nak melihat manusia musnah ni 𝗰𝘂𝗺𝗮 𝗜𝗯𝗹𝗶𝘀 je. Kenapa nak jadi iblis?
Satu lagi, belajar la dari 𝗠𝗣 𝗝𝗮𝘀𝗶𝗻. Baca qunut Nazilah kononnya untuk pecahkan pakatan lawan. Sekarang ni tengoklah pakatan mana yang pecah? Siapa 𝗣𝗮𝗸𝗮𝘁𝗮𝗻 𝗔𝗵𝘇𝗮𝗯 sekarang ni?
Jangan nanti doa ni terbalik. Bencana dan bala yang dia doa berpatah balik, berlaku pada dia di tempatnya sendiri. Jadi berhentilah dari buat benda macam ni.
Tapi begitulah. Bila hati tu hitam, busuk, jahat, maka yang keluar dari lidah dan jari pun memang 𝘁𝗮𝗸 𝗮𝗸𝗮𝗻 𝗮𝗱𝗮 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗲𝗹𝗼𝗸. Jadi bersihkan hati tu. Guane boh?
Raja Gelap II
.