FITNAH 2025, ANWAR DIFITNAH BEGITU JIJIK.





Ustaz PAS seperti tidak tahu hukum agama

ISLAM PAS HANYA PADA JUBAH DAN KOPIAH


Semalam saya menulis tiada roh Islam dlm parti PAS. Yg saya nampak hanyalah org pakai jubah dan kopiah dgn akhlak yg sgt buruk. Yg saya nampak mereka ini lebih jelek dari mereka yg bukan Islam. 


Fitnah sudah menjadi amalan mereka. Inilah akibat jika guru mereka tidak berakhlak akhirnya Ustaz2 di dlm parti ini perangai mereka lebih teruk dari bukan Islam.


Semalam saya beritahu Hadi kata UMNO kafir, Mahathir kata PAS kafir, Muhyiddin kata PAS parti ajaran sesat dan Kuli kata PAS parti pelacur.


Anda ada lihat pemimpin PAS dan pengikutnya berang? Tidak bukan kerana ketiga mereka bukan Cina DAP. 


Bila Wee Ka Siong berkata, “Saya tak mahu dengar org kata PN kerajaan Melayu Islam” ada Ulama PAS kata Islam terancam? Tidak bukan sb Wee Ka Siong bukan Cina DAP. 


Jika selain DAP kamu hinalah Islam seperti Bala, halal bagi PAS sb parti ini bukan pejuangkan Islam tetapi pejuangkan parti. Kalau pejuangkan Islam mesti konsisten dan tidak double standard.


Tapi apabila Ngar Kor Ming hanya meminta PAS bertaubat dan tidak terus menyebarkan fitnah, habis pentaksub2 PAS dari yg menaiki Velfire hingga ke motor kapcai maki dia. Nga Kor Ming tak kafirkan, tak sesatkan PAS tapi salah Na Kor Ming dia adalah DAP. 


Begitu juga Anwar Ibrahim tidak pernah kata sesat dan kafir kpd PAS tetapi hari2 pemimpin PAS maki beliau.


Semalam siapa yg tak kenal dgn gaya pemimpin PAS yg sering keluarkan kenyataan penuh kontroversi dan melampau. Kali ni, giliran ADUN Melor, Wan Rohimi Wan Daud pula, membuat tuduhan dan menghina Perdana Menteri dgn ayat yg sungguh menjijikan.


Dia menuduh PMX sebagai individu yang terlibat dgn perbuatan liwat dan tidak layak menjadi Perdana Menteri, semata mata sebab kononnya PMX menyorokkan titah adendum pengampunan Najib Razak. Isu liwat fitnah dan isu adendum pun fitnah.


Sb itu saya mencuriga kelimuan Ustaz PAS. Ustaz Wanji pernah beritahu saya ada di kalangan mereka kitab pun tidak habis belajar.


Dlm Islam, tuduhan zina tanpa bukti seperti ini tergolong dlm dosa qazaf. Dosa ni bukan kecil, hukumnya besar! 


Kalau betul dia tahu agama, dia perlu buktikan dgn kehadiran empat org saksi yg menyaksikan perkara ini berlaku. Kalau tak ada bukti kukuh, tuduhan ini dah jatuh hukum qazaf, di mana dia tak boleh nikahkan anak perempuannya dan dikenakan sebatan rotan.


Dulu Hadi Awang berceramah ke merata tempat, siap tulis buku tentang qazaf utk pertahankan PMX dari tuduhan liwat ini. Bahkan, Almarhum Tok Guru Nik Aziz pun tegas menolak fitnah itu. 


Inilah perjuangan PAS. Apa yg kita lihat kini, fitnah digunakan utk mencapai matlamat politik mereka, iaitu menjatuhkan kerajaan perpaduan. 


Konon Islam memang terancam, tapi sebenarnya bukan kerana type C atau I. Islam terancam kerana Ulama Suk yg menggunakan agama sebagai topeng utk memesongkan umat Islam sendiri.


Retorik agama diangkat tinggi, tapi prinsip asas agama seperti menjaga adab dan menjauhi fitnah diketepikan. Islam bukan hanya soal solat dan halal haram, tapi juga tentang akhlak umat Islam itu sendiri.


Maaf saya jijik melihat satu persatu pemimpin PAS menabur fitnah. Nampak sgt keilmuan mereka low class berbanding dgn golongan salafi yg berhujah secara intelektual.


Harapan saya suatu hari nanti ada tesis dibuat bagaimana PAS boleh mengumpulkan ratusan ribu umat Melayu dgn membodohkan mereka dgn begitu mudah sekali.


Saya sebenar kesian dgn golongan B40 dlm PAS. Anwar ke sana ke sini tidak bercuti dah hampir 2 tahun utk cari income negara… nak bantu mereka ahli PAS (B40) golongan yg memerlukan.


Hari ini bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) mula disalurkan dgn ditingkatkan isi rumah miskin dan miskin tegar dlm rekod eKasih. Mereka bakal menerima sejumlah RM2,100 bagi tahun 2025 berbanding RM1,200 pada 2024.


Sebanyak 5.4 juta penerima STR akan turut menerima bantuan tambahan SARA mulai April 2025. Bilangan itu merangkumi 700,000 penerima SARA dan 4.7 juta penerima STR sedia ada yg tiada dlm rekod eKasih.


Bagi kategori isi rumah, tambahan sumbangan

SARA adalah sebanyak RM100 sebulan. Golongan warga emas yg tiada pasangan akn menerima sumbangan tambahan SARA sebanyak

RM50 sebulan.


Tapi hari2 golongan yg menerima bantuan2 ini maki Anwar sdgkan di Terengganu kerajaan negeri nak beri bonus pun kena minta bantuan dari Anwar. 


Percayalah ahli2 PAS bawahan ini, mereka yg menghasut memfitnah ada sebab2 mereka. 


- Yg hilang jawatan Menteri & Timbalan Menteri

- Yg hilang jawtaan Setpol, SUA dan lain2

- Yg hilang jawatan Ketua2 Kampung & Ahli Majlis

- Yg hilang jawatan GLC ( gaji puluhan ribu)

- Yg hilang income (kontraktor) dari projek2 kerajaan kerana kerajaan dahulu berikan projek kpd kroni/kartel

 

Mereka inilah golongan yg kuat menghasut membodohkan org Melayu kononnya Islam terancam.  Sdgkan mereka memperjuangkan periuk nasi sendiri utk habuan dunia. 


Anda gologan B40 atau ‘kapcai’ ini dpt apa? Mereka api2 perkauman dan bertakbir dan anda sahut. Bila perlukan bantuan mereka cerita soal perjuangan Islam tetapi mereka sendiri hidup bermewah mewahan.


Anda tanya pada mereka dan diri sendiri di mana Islam terancam. Pagi ini boleh pergi Masjid solat Subuh dan dgr bayan Subuh?


#nakmundurpilihpas