JANGAN PERCAYA CAKAP MCA. KAUM TIONGHUA PUN TOLAK DAH PARTI NI.

 

Nazri Hamdan


Selepas MCA mengkritik KWSP (sebab dia seolah tak faham apa itu GO), pihak KWSP telah mengeluarkan statement bahawa pelaburan di dalam MAHB adalah selari dengan rancangan strategik jangka panjang terutamanya dalam menyokong pembayaran dividen. 



Ini bermaksud, dengan pembelian saham GO MAHB, analisis mereka menunjukkan ia akan memberikan keuntungan jangka panjang kepada KWSP.


Lepas statement KWSP dengarnya presiden MCA dah tak bising lagi. Mungkin dia setuju dengan KWSP. Cuma mungkin saki baki pengikutnya yang tak faham. Ada juga geng2 yang entah dari pasukan pirates of the caribbean mana yang terus serang page NH. Yang serang ni pun fake account je ramai. So apa saya kisah 😄


Terima kasih lah kepada yang sudi promote page NH siap ada yang bantu screenshot lagi 😆. Ini satu peluang marketing yang baik.


Kalau tanya saya, secara jujur, saya lebih percaya dengan kepakaran fund managers yang berkelayakan di KWSP.


Buat apa saya percaya cakap orang politik. Especially dari parti politik yang semakin tak relevan di Malaysia. 😆😆😆