BILA BERADA DALAM PARTI AMANAH, PERLULAH AMANAH DAN BIJAK.

 


Ana memilih untuk bersama AMANAH hampir sepuluh tahun dulu bukan untuk mencari kesenangan dunia, jauh sekali untuk mengejar jawatan dan pangkat.


Akan tetapi ana lihat AMANAH perlu dibantu perjuangannya kerana perkataan 'Rahmah' yang mereka julang.


Yer, RAHMAH.


Bila sebut RAHMAH, bermakna ia membawa maksud dan matlamat yang besar dalam setiap kehidupan.


Amatlah malang jika ada di kalangan ahli AMANAH sendiri yang tidak memahami erti RAHMAH sebenar, ia lebih malang lagi binasa bila RAHMAH itu juga hanya sekadar barang tunggangan oleh sesetengah pemimpin dan juga lantikan politik Menteri hari ini.


Parti AMANAH ini ada maruahnya, maruah itu perlu dijaga oleh setiap ahli parti. Jika ada tangan di kalangan kita yang merosakkan maruah RAHMAH parti, kita patut bangun mempertahankannya tanpa mengira siapa.


Hentikan sifat menjilat dan mengampu, kerana tabiat jijik itu langsung tidak menguntungkan perjuangan AMANAH.


Oleh itu,


Sebelum kita bicarakan tentang AMANAH perlu reform, kita sama² perlu ubah tabiat buruk yang ada di kalangan kita, seperti malas dan bebal untuk menjawab call dan wasap dari ahli sendiri, mereka perlu dihumban dan disingkirkan dengan kadar segera..!


Jangan biarkan akhlak buruk lagi tidak bertanggungjawab itu menjadi barah kepada perjuangan RAHMAH kita bersama.


Sekian.


Selamat pagi ahli parti AMANAH sedunia.


😘😘


Miqdad Zakaria