RAZMAN MAU TEBUK ATAP KERAJAAN SEBELUM PRU16! CUCU PEMIMPIN SG4 KANTOI G...


RAZMAN! “Kita beri mandat dan amanah kepada pemimpin yang kita ada hari ini, kita beri kepercayaan, apa yang mereka nak buat, macam mana mereka nak buat, apa yang perlu ditambah dan sebagainya. “Kalau boleh sebelum PRU16, kita berdoa, sebab kalau tunggu PRU16 mudaratnya besar,” katanya. Pemuda Amanah Perak menempelak tindakan berterusan PAS yang dilihat masih berusaha untuk mengambil alih kerajaan sebelum pilihan raya umum ke-16 (PRU16). Ketuanya, Khairol Najib Hashim berkata walaupun tidak mengejutkan, namun amat mengecewakan kerana langkah itu bertentangan dengan titah Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim yang jelas melarang sebarang usaha menjatuhkan kerajaan.
Tegasnya, tindakan ini mencerminkan kepimpinan yang tidak menghormati proses demokrasi dan hanya mementingkan agenda politik sendiri.
“Malah, PAS lebih sibuk dengan nafsu untuk menjadi kerajaan berbanding membawa isu-isu yang membebankan rakyat ke dalam perbahasan yang membina.
“Rakyat perlu sedar bahawa usaha-usaha seperti ini hanya akan merosakkan kestabilan politik dan ekonomi negara. Kita perlu menolak politik tidak matang yang hanya mementingkan kuasa tanpa menghiraukan kesejahteraan rakyat dan negara,” katanya dalam kenyataan media, hari ini. Dia berkata demikian sebagai reaksi terhadap kenyataan Pesuruhjaya PAS Perak, Razman Zakaria dalam ceramah Selamatkan Malaysia di Markaz PAS Kampong Gajah, Perak, pada 22 Dis lalu. Melalui rakaman yang tular di media sosial, Razman antara lain mendedahkan bahawa parti itu masih mempunyai cita-cita untuk membentuk kerajaan sebelum pilihan raya umum akan datang. “(TikTokers) teruskan usaha untuk memaklumkan kepada rakyat, keutamaan adalah tugas kita untuk mengambil alih kerajaan sebelum PRU16. =========================================================================== Tular klip video cucu kepada seorang pemimpin blok empat negeri ditadbir Pas dikenali sebagai State-Government 4 (SG4) teruja menyambut Hari Krismas. Menerusi perkongsian TikToker Wan Hadi, anak muda berkenaan bersama rakan-rakannya silih berganti berjoget dengan antara mereka memakai pakaian dan topi Santa Claus. Kegembiraan mereka dengan mengenakan kostum yang dilarang sebagaimana termaktub dalam beberapa hadis Nabi Muhammad SAW itu menarik perhatian netizen. Rata-rata ‘menyeru’ penyokong pembangkang yang kerap mencanangkan Islam terancam agar celik dengan realiti sebenar keperibadian keluarga pemimpin mereka sendiri. “Takpa. Isley terancam dengan PH je. “Nanti mintak ampun dengan fuhlamak Memali. Benda boleh settle. Kunci syurga ana pegang.