PANAS! “Pas dan fitnah ibarat isi dengan kuku”“KALAU MAHU MUNDUR SILA LA...


Naib Pengerusi DAP Johor, Sheikh Umar Bagharib Ali berkata, kutipan derma jihad bagi membantu Ahli Parlimen Kepala Batas Siti Mastura bukan semata-mata tentang membayar denda, tetapi ia memberi gambaran parti itu melazimi fitnah. Beliau bertanya di manakah nilai moral Pas apabila pemimpin mereka seringkali menggunakan fitnah sebagai senjata politik. Bukan itu sahaja, bahkan pemimpin Pas setiap tahun mempunyai rekod saman fitnah dari 2016 sehingga tahun ini “Bagi saya, ia bukan soal kutipan derma untuk bayar denda saman fitnah semata-mata. Tetapi lebih penting adalah, Pas perlu menjawab persoalan di manakah nilai moral parti itu? “Fitnah dan Pas kelihatan ibarat isi dengan kuku. Ia telah menjadi normalisasi dalam Pas,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. Sheikh Umar berkata kes membabitkan pemimpin Pas bukanlah kali pertama berlaku kerana sudah banyak bukti parti itu kalah saman kerana memfitnah. Contohnya pada 2016, seorang Yang Dipertua Pas Kawasan telah memfitnah berlaku larangan azan di masjid dekat Pulau Pinang sekiranya DAP memerintah. Akhirnya beliau mohon maaf kepada DAP dan kerajaan negeri. Pada 2017, Pesuruhjaya Pas Perak kalah saman selepas memfitnah bekas Menteri Besar Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin. Akhirnya beliau diperintah membayar RM200,000 kepada Nizar. Pada 2019, pemimpin Pas Kelantan kalah saman kerana memfitnah Datuk Husam Musa dan parti AMANAH menerima duit tauke judi dan DAP. Pada 2020, Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok memperoleh ganti rugi RM80,000 selepas menang saman terhadap Ketua Pemuda Pas Selangor yang memuatnaik artikel berunsur fitnah di media sosial. Dalam pada itu, Sheikh Umar menasihatkan supaya Pas bermuhasabah diri dan merenung kembali hadith nabi, “Tidak sepatutnya seorang yang beriman, disengat sebanyak dua kali daripada lubang yang sama.” (Bukhari Muslim). Sumber Berita 1. https://harapandaily.com/2024/12/29/p... 2. https://harapandaily.com/2024/12/29/b...