RMS.
Kita sekarang hidup dizaman semua perkara disulitkan, disusahkan kerana ada pihak yang mahu mengubah amalan dan budaya selama ini.. mereka cakap, itu bertentangan dengan Islam, dan islam itu dijadikan alat untuk mewajarkan tindakan mereka.
Mereka semakin berpengaruh kerana tiada usaha untuk meletakkan kembali asas sebenar yang menjadikan Malaysia negara berbilang kaum dan pelbagai kepercayaan atau anutan. Semua senyap kerana tak mahu dilabel anti Islam atau agent liberal sekular..
Tapi kita lupa, negara ini akan lemah, binasa jika puak radikal, extreme dan fanatik bangsa dan agama menguasai negara.. dan rakyat telah diingatkan berkali kali.. jangan kita lupa.. jangan kerana takut dgn mereka, kita tak lagi mahu bersuara..