MUSA MENGAKU TIADA BUKTI PENYEBERAN? PAS & USTAZAH MASTURA BERJAYA KUMPU...



Bekas ketua polis negara Musa Hassan memberi keterangan bahawa dia tidak pernah melihat bukti dokumentari bahawa Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh cuba menjadikan Malaysia sebuah negara Kristian. Musa memberi keterangan bertulis berhubung saman fitnah Ahli Parlimen Segambut itu susulan ucapannya pada 2020 yang menyentuh dakwaan gerakan Kristianisasi di seluruh negara. Semasa perbicaraan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini, Musa yang merupakan defendan membuat keterangan itu semasa pemeriksaan balas oleh peguam plaintif, Razlan Hadri. Razlan: Semasa anda menjadi IGP (ketua polis negara), anda pernah melihat sebarang dokumen yang menunjukkan Hannah Yeoh terlibat dalam perancangan atau konspirasi untuk mengkristiankan negara? Musa: Tiada dokumen khusus.