MADANI SEDANG DIREALISASI


KDN KOMITED PERKUKUH SEMPADAN & LINDUNGI NEGARA 






Keselamatan sempadan negara adalah keutamaan saya semenjak saya dilantik sebagai Menteri Dalam Negeri. �

Pelbagai inisiatif dan tambah baik telah dilakukan oleh Jabatan Imigresen Malaysia dan pemeriksaan imigresen menggunakan kod QR bagi bas dan motosikal di Bangunan Sultan Iskandar (BSI) dan Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB) Johor adalah satu inisiatif yang berjaya mengurangkan kesesakan di pintu masuk Malaysia-Singapura. Selain itu, penggunaan autogate di KLIA Terminal 1, Terminal 2 & BSI juga telah membantu melancarkan proses kemasukan ke Malaysia.�

Seperti yang kita sedia maklum, “lorong tikus” di sempadan Malaysia-Thailand adalah satu cabaran besar dalam menangani jenayah rentas sempadan seperti penyeludupan dan pemerdagangan manusia.


Menuju ke hadapan, KDN sedang menjalankan inisiatif menyediakan solusi menggunakan teknologi dengan kos yang lebih rendah daripada pembinaan tembok. Ini adalah bagi memastikan keselamatan rakyat terus terjamin. Agensi “bongsu” KDN iaitu Agensi Kawalan dan Perlindungan Kawalan Sempadan (AKPS) juga bakal memulakan operasi rentas mereka di Rantau Panjang, Kelantan dan insyaAllah ini akan meningkatkan lagi kekuatan KDN melindungi sempadan Malaysia.


Namun, kekuatan sebenar bermula dengan mereka yang menjaga sempadan kita. Di Padang Besar, kami telah menyiapkan projek perumahan untuk anggota keselamatan, lengkap dengan kemudahan seperti masjid, dewan serbaguna, dan taman permainan. Ini bukan hanya pelaburan dalam keselamatan negara tetapi juga dalam kebajikan mereka yang bertugas menjaga kita semua.


Keutamaan saya adalah memastikan setiap langkah yang diambil—dari teknologi ke kerjasama antarabangsa—mendatangkan manfaat kepada negara dan rakyat.


Marilah kita terus berganding bahu, melindungi Malaysia dan mewujudkan sebuah negara yang lebih aman dan sejahtera untuk semua.


#MalaysiaMadani #RealisasiMadani #MadaniIsWorking