SEBENARNYA.. KENAIKKAN 35 PERATUS MASA PAK LAH TU..



ANAK SG DERHAKA





Bila Perdana Menteri Anwar Ibrahim mengumumkan kenaikan gaji penjawat awam sebanyak lebih 13 peratus bermula 1 Disember 2024 ini dan menyifatkannya sebagai yang paling tinggi pernah dicatatkan dalam sejarah negara berbanding kenaikan 13 peratus sebelum ini, riuh rendah walaun mempertikaikannya.


Mereka mendakwa itu bukanlah yang paling tinggi dalam sejarah kerana ketika Pak Lah menjadi Perdana Menteri gaji yang dinaikkan adalah sehingga 35 peratus..


Untuk rekod, Pak Lah ialah Perdana Menteri Malaysia dari UMNO/BN pada tahun 2007 ketika beliau mengumumkan perkara tersebut.


Memeng benar Pak Lah umumkan kenaikkan gaji sehingga 35 peratus, tetapi ianya bukanlah bagi keseluruhan Gred Penjawat Awam..


Yang menerima kenaikkan gaji sebanyak 35 peratus ketika itu ialah kakitangan dari Kumpulan Perkhidmatan Sokongan II, iaitu kakitangan dari Gred 1 hingga Gred 16 sahaja..


Masa tu (tahun 2007).. Pendapatan bagi Gred 1 ialah RM800 sebulan..


Kumpulan Perkhidmatan Sokongan I, iaitu kakitangan dari Gred 17 hingga Gred 40 menerima kenaikkan gaji 25 peratus.. 


Kumpulan Perkhidmatan Pengurusan dan Profesional, iaitu kakitangan dari Gred 41 hingga Gred 54 pula menerima kenaikkan gaji 15 peratus.. 


Bagi Kakitangan Kumpulan Perkhidmatan Pengurusan Tertinggi, Gred VU7 hingga VU1 serta VK7 hingga VK5 kenaikkan gaji mereka ialah sebanyak 7.5 peratus sahaja..


Ada perbezaan peratus kenaikkan bagi empat kategori Kumpulan Perkhidmatan itu, bukanlah keseluruhan Kumpulan Perkhidmatan mendapat kenaikkan gaji sehingga 35 peratus sebagaimana yang walaun sebarkan itu..


Jadi.. banyakkan membaca.. dengan membaca kita sukar untuk diperbodohkan…



No comments: