PROJEK BARU SANUSI ! SEMOGA SIAP, JANGAN PULA JADI BAHAN LAWAK!WOII...MANA LAPANGAN TERBANG...WOIII...AYAQ MANA AYAQ...HANG MOHONG ..PALA BAPAK HANG


Kerajaan negeri Kedah merancang untuk membina sistem tren Transit Aliran Ringan (LRT) menggunakan teknologi levitasi magnet di Langkawi. Bagi merealisasikan hasrat tersebut, semalam telah berlangsungnya majlis memeterai memorandum persefahaman (MoU) antara Permodalan Kedah Berhad (PKB) dengan Royal Eco Train Development (RETD) dari Korea Selatan. Majlis menandatangani diwakili CEO RETD Co Ltd, Lee Changwook dengan Mohd Azad Jasmi selaku CEO PKB, disaksikan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor. Selain RETD, projek ini juga mendapat kerjasama dari syarikat Q-Plex untuk mengkaji sudut teknikal, geografi dan impak projek itu kepada ekonomi setempat. Pengerusi Jawatankuasa Industri & Pelaburan, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi & Inovasi, YB Dr Haim Hilman Abdullah berkata, MoU berkenaan merupakan satu inisiatif yang diusahakan oleh PKB dalam membina jaringan dengan syarikat-syarikat antarabangsa bagi pembangunan negeri Kedah. Ia juga sejajar dengan pembangunan Langkawi secara keseluruhannya sekaligus menyokong agenda KEDAH2035. ============================================================================== Menurutnya, adalah tidak masuk akal mengutamakan projek yang bukan menjadi keutamaan masyarakat seperti perkhidmatan maglev, berbanding menyelesaikan masalah bekalan air dan pembinaan litar lumba yang sudah lama diuarkan. “Fikirlah untuk selesailah masalah air terlebih dahulu, buatlah dulu bagi siap litar lumba dan Loji Rawatan Air (LRA), itu keperluan dan keutamaan untuk masyarakat. “Tak salah nak berangan, tapi tumpu satu-persatu projek, selesai masalah-masalah yang dijanjikan selama ini yang menjadi keutamaan dalam kehidupan masyarakat,” katanya ketika ditemui di Rumah Terbuka Aidilfitri beliau di sini pada Selasa. Pada Isnin, Muhammad Sanusi menyaksikan majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) antara Permodalan Kedah Berhad (PKB) dengan syarikat dari Korea, Royal Eco Train Development (RETD) di Wisma Darul Aman. =============================================================================== Shaiful Hazizy berkata,, sekiranya Muhammad Sanusi serius hendak menangani isu pelancong di Langkawi, beliau perlu merawat punca dan masalah sebenar. “Sejak bila pelancong menurun sebab tiada kereta api laju? Pelancong kurang sebab kos pelancongan di sana mahal, jadual feri makin berkurang dan tambang makin naik. Selesai isu isu ini dahulu. “Setidaknya tidaknya, selesai isu air dahulu di Langkawi. Ini lah masalah apabila dapat MB yang jenis populis, sibuk umum projek sebab hendak nampak bagus tapi keperluan rakyat tidak terjaga. Air itu keperluan asas, takkan perkara itu pun kita hendak ajar. “Saya yakin sahaja projek ini akan sama sahaja dengan projek projek mega yang Sanusi pernah umum. Mana Widad Langkasuka 40 billion, mana pelaburan 2.5 billion KXP, mana litar lumba Sungai Petani. Semua terbelengkalai, nanti alih alih salah kerajaan. Tunggu dan lihat sahaja. “Sebenarnya kerajaan Negeri Kedah sedang terancam dibawah Menteri Besar Bodoh bergandingan dengan Exco bekas ahli akademik angan-angan Mat Jenin. Kalau tidak dibendung, inilah resepi kehancuran abadi kerajaan,” katanya. – MalaysiaGazette Sumber Berita 1. https://paultan.org/2024/04/30/kedah-... 2. https://www.sinarharian.com.my/articl... 3. https://malaysiagazette.com/2024/05/0...



No comments: