BERSATU PERLIS SIAP SEDIAAMBIL ALIH PENTADBIRAN PERLIS DARI PAS!



BERSATU Perlis sedia menggalas tanggungjawab memimpin negeri itu, sekiranya wakil parti itu diminta berbuat demikian, rentetan krisis integriti melanda kepimpinan negeri itu sejak kebelakangan ini. Ketua Badan Pimpinan BERSATU Perlis, Abu Bakar Hamzah, berkata pihaknya sentiasa bersedia dengan apa jua kemungkinan, namun sebarang keputusan kedudukan Menteri Besar Perlis tetap terletak kepada kebijaksanaan Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail dan keputusan pimpinan tertinggi Perikatan Nasional (PN) Pusat. "Buat masa ini, kita masih belum mendapat gambaran sebenar situasi dan kedudukan Menteri Besar sebab beliau pun baru balik daripada Kuala "Namun, jika apa-apa berlaku sekiranya diminta, kita (BERSATU) juga bersedia, yang penting adalah keputusan Duli Yang Maha Mulia Tuanku (Raja Perlis) dan pimpinan tertinggi PN Pusat. Sumber Berita 1. https://www.bharian.com.my/berita/nas... 2. https://www.bharian.com.my/berita/nas...



No comments: