Mohd Fairul Al Qasas
Ada pegang haram melabur dalam ASB, sebab fatwa Selangor kata haram.
Ada pegang harus sebab fatwa Kebangsaan kata harus.
Ada kata fatwa Selangor lagi kuat sebab fatwa negeri boleh dikuatkuasakan, banding dengan fatwa Kebangsaan lebih bersifat pandangan.
Kenapa haram? Sebab ASB turut pegang saham dalam Maybank yang ada perniagaan riba.
Tapi kenapa Fatwa Kebangsaan kata harus? Sebab dia melihat kepada maslahah yang lebih besar untuk umat Islam.
Antara hujahnya PNB melalui ASB dll pemegang kepada banyak aset orang Islam.
Maybank pula bank terbesar di Malaysia dan dikatakan lebih besar dari Bank Islam terbesar dunia iaitu Ar Rajhi.
Tapi ada gaduh tak Fatwa Selangor dan Kebangsaan?
Ada kempen tak untuk ikut mana-mana fatwa?
Kau baca, kau faham, kau amal.
Sebab masing-masing ada hujahnya.
Ok masuk bab boikot.
Sakan kempen boikot. Siap marah orang tak boikot.
Malukan orang yang tak boikot dengan ambil gambar dan video mereka.
Gelar mereka dengan gelaran buruk.
Buat animasi buruk,
Kemudian paling teruk ganggu mereka makan dengan demonstrasi dan ugutan.
Sedangkan KFC Malaysia itu milik orang Islam.
KFC Malaysia bayar zakat
85% pekerja KFC Malaysia adalah Islam.
KFC Malaysia juga bina rangkaian bekalan bahan mentah dari kalangan orang Islam.
McDonald's Malaysia juga dimiliki oleh orang Islam dari Saudi.
McDonald's Malaysia bayar zakat
McDonald's Malaysia ramai pekerja Islam
McDonald's Malaysia beri latihan dan peluang kerja kepada OKU.
Pekerja KFC dan McDonald's Malaysia bayar zakat, bagi derma dan sara keluarga.
Sekarang laporan mengatakan lebih 100 kedai KFC telah ditutup.
Ramai hilang pekerjaan. Pembekal pun tak dapat oder dah. Zakat kurang dibayar.
Dalam masa sama, kepompongan bisnes ini tidak cepat di isi oleh syarikat Islam.
Tapi oleh syarikat bukan Islam yang tak bayar zakat.
Boikot hak masing-masing. Tapi buat kempen, kempen agresif termasuk mengugut, memalukan dan menggelarkan orang itu lah yang tak boleh tetapi sedang berlaku dalam masyarakat kita.
ATADAFA
Ambil tahu dan faham
Muhammad Fairul Al Qasas
Menyampaikan yang benar