[panas] BUKTI BETAPA HIPOKRITNYA LEBAI USTAZ PAS! MEREKA SEMUA BOLEH!



Pemuda PH membidas Ketua Penerangan PAS Ahmad Fadhli Shaari kerana mempolitikkan latar belakang pendidikan calon PH pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Bharu, Pang Sock Tao. Ketua Penerangannya, Ammar Atan berkata Fadhli sebaliknya perlu mempersoalkan mengapa Presiden PAS Abdul Hadi Awang menghantar cucunya ke Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC). "Ketua Penerangan PAS Fadhli Shaari adalah bukti parti tersebut hipokrit dan rasis. Cubaannya untuk menjatuhkan calon Perpaduan di Kuala Kubu Bharu, Pang Sock Tao, dengan bermain isu sekolah vernakular hanya kerana saudari Pang berbangsa Cina amat dikesali. "Hakikatnya, saudari Pang fasih berbahasa Melayu dan telah dibuktikan dengan keputusan SPM yang cemerlang, termasuk A untuk subjek Bahasa Melayu. Tidak diketahui pula sama ada Fadhli berjaya mendapat gred A dalam SPM," kata Ammar dalam satu kenyataan hari ini. ====================================================================================== Siasatan Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli tidak akan menjejaskan kempen PN pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Bharu, kata Azmin Ali. Sebaliknya pengerusi PN Selangor itu berkata pihaknya akan meneruskan kempen dan memberi penjelasan kepada pengundi mengenai pelbagai isu. "Sebagai contoh, isu kelayakan pendidikan calon PN Khairul Azhari Saut yang dibangkitkan oleh PH. "Kita tahu ini semua fitnah PH untuk mengalihkan pandangan kepada isu sebenar dan terbukti apabila universiti (UMPSA) sendiri keluarkan kenyataan mengesahkan sijil kelayakan pendidikan Khairul. "Itu sepatutnya menjadi pengajaran kepada PH supaya tak bawa fitnah di kempen PRK kerana rakyat sudah penat dengan pemain-pemain politik," katanya kepada pemberita di Kuala Kubu Bharu, malam tadi.




No comments: