MSO
Serangan dan kritikan terhadap PM ke 10 tidak ada waktu rehat, Anwar saban waktu disindir, dikritik siang malam. Menyedihkan ada bersifat fitnah disiang bolong. Pengkritik sudah tak peduli lagi halal haram apa dibuatnya.
Apa diistilahkan pemfitnah itu sebagai penjahat tidak sedikit terfikir akan kesungguhan Anwar bekerja mengejar masa dan menghambat waktu untuk mengkhodakan baktinya kepada bangsa yang tertinggal 25 tahun lalu. Perhatilah Anwar bekerja dengan penuh keinsanan, tiada istirehat langsung pasti dapat menghayati betapa komitednya dia kepada rakyat dan negara jika dilihat dengan mata hati bukan mata kebencian.
Barangkali nasib Anawar jadi PM dalam waktu rakyat hilang alat penilai budi dan adat sopan. Saya sendiri letih dan kesihan lihatnya berhadapan dengan kritikan itu dan usahanya untuk menyakinkan rakyat tidak kira dimana tempat dilakunya.
Diharap PM tidak terlebih memberi respon kepada pengkritiknya. Seeloknya biarlah kritikan itu berlalu dan pihak lain seperti anggota kabinetnya yang jawab dan menjelaskan. Beliau bercakap soal dasar dan pembaharuan saja.
Anwar tidak patut melakukan semua sekali, mengail, menyiang dan menggulai. Dia hanya perlu tunggu hidangan sahaja.
Tugas menjawab cacian sindiran biarkan kepada media atau institusi dibentuk khas untuk memberi penjelasan dan menjawab segala kritikan itu.
Beliau bekerajaan sekarang bukan pembangkang lagi.
PM patut beri kepercayaan kepada pihak berkenaan dan jangan penat tubuh menjawab hal hal remeh dari para penjahat. Kadang ternampak PM hanya seperti mengibas angin saja. Trims.