SAKSI BONGKAR! KONTRAK RM232 JUTA! WAN SAIPOL MINTA RASUAH? PAPAGOMO DIR...



Mohamed Fauzi bersetuju dengan peguam bahawa dalam kes ini, projek Central Spine Road melebihi RM100 juta, jadi keputusan untuk memilih dan melantik kontraktor bagi projek berkenaan dibuat oleh Kementerian Kewangan. Wan Saiful, 47, didakwa meminta suapan wang daripada Lian Tan Chuan sebagai dorongan untuk membantu Nepturis Sdn Bhd mendapatkan projek Central Spine Road: Sertik Ke Persimpangan Lebuhraya Pantai Timur daripada kerajaan Malaysia secara prakelayakan yang bernilai RM232 juta. Beliau juga didakwa menerima wang tunai RM6,962,694.54 melalui akaun CIMB Bank Berhad milik syarikatnya WSA Advisory Group Sdn Bhd daripada akaun Maybank Islamic Berhad milik Nepturis Sdn Bhd sebagai upah membantu syarikat itu mendapatkan Surat Setuju Terima bagi projek terbabit. Ahli Parlimen Tasek Gelugor itu didakwa melakukan kedua-dua kesalahan di Royal Lake Club, Taman Tasik Perdana di sini pada April 2022 dan di CIMB Bank Berhad Cawangan Bukit Tunku antara 8 Julai hingga 30 Sept 2022. Wan Saiful turut berdepan 18 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan RM5.59 juta dengan memindah dan menggunakan wang hasil aktiviti haram itu antaranya membayar pembelian kenderaan jenis Ford Ranger, pembayaran kepada Majlis Sukan Negara Malaysia selain memindahkan wang itu ke beberapa akaun syarikat termasuk milik Sinar Karangkraf Sdn Bhd. Semua kesalahan didakwa dilakukan di Cawangan CIMB Bank Berhad Bukit Tunku di sini antara 12 Ogos dan 13 Nov 2022 mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001. Perbicaraan di hadapan Hakim Rozina Ayob bersambung 20 Mei ini. ============================================================================= Penulis blog, Wan Muhammad Azri Wan Deris direman dua hari sehingga esok. Ini menyusul penahanannya semalam atas dakwaan membuat kenyataan berbaur hasutan terhadap Yang di-Pertuan Agong. Peguamnya, Rafique Rashid berkata pegawai penyiasat memohon reman empat hari untuk melengkapkan siasatan mereka, tetapi pihak pembelaan membantah permohonan itu. Beliau berkata, Wan Azri dibawa ke mahkamah reman di IPD Dang Wangi kira-kira 9.30 pagi tadi. “Setelah mendengar hujahan pihak-pihak, majistret memberi reman dua hari sehingga esok,” katanya dalam kenyataan. Wan Azri dipercayai membuat kenyataan itu dalam video dua minit 46 saat dengan mempersoalkan keputusan Agong menerima menghadap pemilik KK Mart, Chai Kee Kan. Dalam video sama, dia juga mendakwa Agong mengarahkan Badrul Hisham Shaharin atau Chegubard, didakwa di mahkamah mengikut Akta Hasutan. Video penahanan Wan Azri oleh dua anggota polis tular semalam. Sumber Berita 1. https://www.freemalaysiatoday.com/cat... 2. https://www.freemalaysiatoday.com/cat...