CADANGAN SEBAT DI KHALAYAK RAMAI HANYA GIMIK POLITIK


Che Ibrahim








Kita sebenarnya sudah berulang kali diulit dengan cadangan pelaksanaan sebat syarie di khalayak ramai. Masyarakat begitu teroja mendengarnya dan menanti nanti detik pelaksanaannya sebagai bukti Islam semakin dimartabatkan. 


Isunya pernahkan cadangan ini dibincang secara serius untuk dilaksanakan dan telah merangka persiapan persiapan perlu ke arah pelaksanaannya?? 


Di segi enakmen syariah, sememangnya telah ada peruntukan yang menyatakan hukuman sebat hendaklah dilaksanakan dalam penjara atau di mana mana tempat yang diarahkan oleh mahkamah. Isunya pernahkah mahkamah syariah mengarahkan hukuman sebat yang telah dijatuhkan itu dilaksanakan di khalayak ramai? 


Setahu ambo hukuman sebat itu sendiri amat jarang dijatuhkan oleh mahkamah syariah, bahkan hanya beberapa kesalahan shj (sekitar 3-4 kesalahan) yang boleh dikenakan hukuman sebat.


Kecuali pernah berlaku di Sabah di mana hukuman sebat pernah dijalankan dalam dewan Mahkamah Syariah, tidak ada lagi negeri negeri lain yang mengarahkan sedemikian. 


Isu kedua ialah siapa yang akan melaksanakan hukuman sebat tersebut. Tukang Sebat @ Pegawai Penjara tidak boleh melaksanakan hukuman sebat kecuali di dalam penjara. Bila hukuman sebat mahu dilaksanakan di khalayak ramai, siapa dan peraturan mana yang akan diguna pakai??


Jangan ulangi kisah seorang bekas TMB bilamana di tanya sapa yang akan potong tangan pesalah jika hudud dilaksanakan, lalu dia jawab kita ada ramai doktor pakar, sedangkan tanggungjawab doktor ialah merawat pesakit, bukan melaksanakan keputusan mahkamah untuk hukum pesakit. 


Kesimpulannya bagi ambo cadangan melaksanakan sebat syarie di khalayak ramai hanya cakap politik dan kerana politik, bukan kerana satu tuntutan agama atau satu suruhan agama!!!!!




No comments: