MAAF, INI BUKAN CERITA ALIP AJIS


Shahril Abd Kadir




Sekadar nak bagitahu, empat orang pelajar kita iaitu Thamini Vijeyasingam, Victor Ngow, Bryan Lim dan Elisa See telah diumumkan terpilih melanjutkan pengajian di Kolej Harvard, institut pengajian sarjana muda (undergraduate school) Universiti Harvard, Amerika Syarikat iaitu antara universiti terkemuka di dunia. 


Lim berhasrat melanjutkan pengajian dalam bidang sains komputer dan matematik gunaan, Thamini dalam bidang ekonomi dan falsafah, manakala See ingin menuntut ilmu dalam bidang sains politik dan ekonomi atau sains komputer. Ngow pula akan melanjutkan pengajian sama ada dalam bidang sains alam sekitar dan dasar awam atau kejuruteraan alam sekitar.


"The four are among the 1,937 students accepted from a total of 54,008 applications, with an acceptance rate of 3.59%, the highest in the last four years. They are also among the 15.4% of international students selected from across 94 countries" - The Harvard Crimson.


Itu jelah nak kabor. Maaf le kisah ni melencong jauh dari cerita Alip dan makwe-makwenya.




No comments: