KALAU NAK HADI AWANG JADI PM... MASA PEMERINTAHAN DULU KENAPA JADI SETAKAT DUTA MAKAN GAJI BUTA..

 

MSO


PM MACAM MANA LAGI YANG DIMAHU

(Pertanyaan buat rakyat Kelantan).



Semaca berucap di majlis Aidifitri Madani di RTC Kota Bharu Perdana Menteri Anwar Ibrahim memberi tahu beliau tidak pernah mengenepikan Kelantan dari mendapat peruntukan atau dimajukan seperti negeri negeri lain.


Sebagai buktinya setiap kali beliau mengadakan lawatan kerja ke luar negara beliau turut mempromosi sama Kelantan untuk para pelabur datang melabur ke negeri berkenaan.


Misalnya, semasa beliau ke Jepun beliau minta pembangunan fasal kedua membabitkan korporat Jepun ke Malaysia turut memberi tumpuan ke Kelantan. Demikian juga semasa beliau ke Qattar meminta negara itu turut menjadikan Kelantan sebagai destinasi pelaburannya.


Cuma dalam hal ini katanya, beliau berharap kerajaan negeri dan MB khasnya sedia memberi kemudahan seperi menyegerakan kelulusan tanah dan sebagainya.


Apa dilakukan Anwar itu bukan pun atas permintaan dan desakan MB atau mana-mana pihak tetapi ia ada atas usaha dan inisiatifnya sendiri sebagai PM. Yang dipamerkan Anwar itu adalah keperihatinan kerajaan Madani yang akan berlaku adil untuk semua.


Sesungguhnya apa dilakukan atau diusahakan Anwar itu rakyat Kelantan perlu berterima kasih banyak, kerana apa yan diperolehi kini tidak pernah dirasai dibawa perdana menteri sebelum ini.


Jadi PM yang macam mana lagi yang diingi rakyat Kelantan apakah mereka tunggu Tok Dor jadi MB? Trims.