MUDAH JA KAN

 


Najib Bakar


Orang berbudi kita berbahasa. Orang memberi kita merasa.


Ni adab dan budi pekerti orang Melayu yang semakin dilupakan.


Saja nak cerita sikit. Mak ayah aku, kedua-dua depa pencen penjawat awam.


Jawatan terakhir ayah, pencen sebagai Timbalan Pengarah Pendidikan Kedah sekitar tahun 2006. Asalnya bertugas sebagai guru.


Jawatan terakhir arwah mak, pencen sebagai Pendaftar UUM sekitar tahun 2007. Mak aku Pendaftar UUM pertama dalam sejarah universiti.


Depa berdua sokong PMX sejak kisah 1998.


Walaupun depa sokong perjuangan PMX, tugas sebagai penjawat awam untuk government of the day tetap dipatuhi.


Masa pilihanraya, depa mengundi ikut pilihan masing-masing. Tapi bila kerajaan ditubuhkan, Peraturan Tatatertib penjawat awam itu mengikat.


Depa bekerja secara profesional, mengikut arahan dan dasar kerajaan semasa.


Benda mudah saja nak faham. Sebagai contoh.


Kalau ada seorang pekerja Microsoft, buat hantaran di media sosial tentang macam mana dia meluat kat Microsoft dan lebih suka Apple, hang rasa apa tindakan Bill Gates?


Sebab tu, kalau penjawat awam nak bangkang government of the day, pilihannya adalah letak jawatan. 


Lepas tu dia bebas dari terikat dengan Peraturan Tatatertib. 


Kutuk maki lah kerajaan macam mana pun. Asalkan tidak fitnah, hampa akan terlepas dari siasatan.


Sebab kerajaan sekarang tak guna Akta Hasutan, kecuali kalau hantaran itu melibatkan Istana.


Tidak perlu penjawat awam sayang cium tangan PMX sampai berlemoih pun.


Tidak perlu penjawat awam join PKR pun.


Tidak perlu penjawat awam jerit reformasi pun.


Cukup sekadar ikut peraturan sebagai penjawat awam, 


dan jika anda seorang Islam, jaga akhlak, 


dan jika anda seorang Melayu, sekali lagi, orang berbudi kita berbahasa.


Senang ja kan?