ZAMAN DIA JADI MENTERI APA YANG DIA BUAT?




 𝗣𝘂𝗮𝗱 𝗭𝗮𝗿𝗸𝗮𝘀𝗵𝗶 ni belum ada jawatan dalam kerajaan ke sekarang ni? Aku tengok teruk sangat dia meroyan sekarang ni. Kesian pun ada.


Aku bukan nak bela 𝗙𝗮𝗱𝗵𝗹𝗶𝗻𝗮 𝗦𝗶𝗱𝗲𝗸 ni. Sejujurnya aku rasa memang dia 𝘶𝘯𝘥𝘦𝘳𝘱𝘦𝘳𝘧𝘰𝘳𝘮. Tapi nak salahkan dia 100% asbab 𝗹𝗮𝗽𝗼𝗿𝗮𝗻 𝗕𝗮𝗻𝗸 𝗗𝘂𝗻𝗶𝗮 soal pembelajaran murid di Malaysia tu tak kena.


Fadhlina jadi menteri tak sampai dua tahun. Untuk kita gagal seperti dalam laporan Bank Dunia ni, 𝗱𝘂𝗮 𝘁𝗮𝗵𝘂𝗻 𝘀𝗮𝗷𝗮 𝘁𝗮𝗸 𝗺𝗲𝗻𝗰𝘂𝗸𝘂𝗽𝗶.


Bermakna kita dah 𝗿𝗮𝗻𝗰𝗮𝗻𝗴 𝘂𝗻𝘁𝘂𝗸 𝗴𝗮𝗴𝗮𝗹 𝘀𝗲𝗷𝗮𝗸 𝘀𝗲𝗸𝗶𝗮𝗻 𝗹𝗮𝗺𝗮. Hari ini kita baru dapat hasilnya. Jadi kalau nak tuding jari, kena tuding kepada semua.


Kenapa aku kata Fadhlina gagal?


Satu kelemahan Fadhlina yang paling ketara ialah dia tak buat 𝗽𝗲𝗿𝘂𝗯𝗮𝗵𝗮𝗻 𝘀𝗲𝗰𝗮𝗿𝗮 𝘁𝗼𝘁𝗮𝗹 dalam kementerian. Ada masa nampak macam Fadhlina terlalu menurut cakap orang kementerian.


Kita berada dalam keadaan sekarang kerana wujudnya kelompok manusia sombong dalam kementerian yang 𝗽𝗮𝗻𝗱𝗮𝗻𝗴 𝗲𝗻𝘁𝗲𝗻𝗴 𝘀𝘂𝗻𝗴𝘂𝘁𝗮𝗻 𝗮𝘄𝗮𝗺.


Jangankan cakap ibu bapa, pendapat mereka yang arif dalam bidang ini pun 𝗱𝗶𝗸𝗲𝘀𝗮𝗺𝗽𝗶𝗻𝗴𝗸𝗮𝗻. Senang cerita, kementerian 𝘀𝘆𝗼𝗸 𝘀𝗲𝗻𝗱𝗶𝗿𝗶.


Lebih parah, keadaan itu 𝗱𝗶𝘄𝗮𝗿𝗶𝘀𝗶 𝗽𝘂𝗹𝗮 𝗼𝗹𝗲𝗵 𝗝𝗮𝗯𝗮𝘁𝗮𝗻 𝗣𝗲𝗻𝗱𝗶𝗱𝗶𝗸𝗮𝗻 dan kemudiannya 𝗣𝗣𝗗. Yang jadi mangsa adalah guru-guru dan murid.


Aku ulang apa  aku pernah tulis dalam komen di salah satu posting Fadhlina. 𝙆𝙖𝙡𝙖𝙪 𝙤𝙧𝙖𝙣𝙜 𝙠𝙚𝙢𝙚𝙗𝙩𝙚𝙧𝙞𝙖𝙣 𝙣𝙖𝙠 𝙨𝙚𝙡𝙚𝙨𝙖𝙞𝙠𝙖𝙣 𝙢𝙖𝙨𝙖𝙡𝙖𝙝 𝙥𝙚𝙣𝙙𝙞𝙙𝙞𝙠𝙖𝙣, 𝙙𝙖𝙝 𝙡𝙖𝙢𝙖 𝙢𝙖𝙨𝙖𝙡𝙖𝙝 𝙞𝙩𝙪 𝙨𝙚𝙢𝙪𝙖 𝙨𝙚𝙡𝙚𝙨𝙖𝙞.


Kalau Fadhlina berani tukar 𝗸𝗲𝗽𝗮𝗹𝗮-𝗸𝗲𝗽𝗮𝗹𝗮 dalam kementeriannya, barulah sistem pendidikan kita akan boleh bertambah baik.


Kalau Puad nak meroyan, jangan setakat meroyan ke Fadhlina. Meroyan sekali ke menteri-menteri zaman Najib yang mana dia sendiri ada dalam kabinet.


Puad pun 𝗽𝗲𝗿𝗻𝗮𝗵 𝗷𝗮𝗱𝗶 𝗧𝗶𝗺𝗯𝗮𝗹𝗮𝗻 𝗠𝗲𝗻𝘁𝗲𝗿𝗶 𝗣𝗲𝗻𝗱𝗶𝗱𝗶𝗸𝗮𝗻 di tahun 2009 hingga 2013. Cemerlang sangat sistem pendidikan masa tu? Haprak juga. Tapi ada dia tidur di rumah panjang? Pemalas ke dia?


Puad ni konon nak jadi hero. Tapi akalnya tak berapa panjang. Jadi bila dia buat kenyataan, yang ternampak cuma 𝗸𝗲𝗱𝗮𝗻𝗴𝗸𝗮𝗹𝗮𝗻𝗻𝘆𝗮. Kesian juga. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.