KERAJAAN KELANTAN DAN PUSAT HARUS SERASI MENYELESAIKAN ISU... RASANYA INI KERAJAAN WALAU DI MAKI.. IA TETAP MEMBANTU DAN CUBA MENYELESAIKAN MASAALAH.

 


Aspek penyelarasan dan kordinasi adalah taakul utama yang perlu diambilkira dalam menyelesaikan isu rakyat yang mendesak termasuk di Kelantan.










Perkara itu saya bangkitkan sewaktu menghadiri Taklimat Pembangunan Negeri Kelantan, yang buat kali pertamanya saya pengerusikan

dalam membincangkan penyelesaian isu-isu pembangunan di negeri Kelantan seraya diapit kepimpinan Kerajaan Pusat dan juga Kerajaan negeri yang diketuai Menteri Besar Datuk Mohd Nassuruddin Daud.


Sementelahan, isu rakyat seperti kemiskinan tegar, pembangunan infra dan kemudahan asas adalah tekad komitmen berterusan Kerajaan Madani untuk diselesaikan, sebolehnya dengan kadar segera agar tidak terus membelenggu pihak terkesan.


Semasa taklimat juga, saya telah menekankan kepada kerajaan negeri dan kementerian terkait untuk memberi fokus dalam usaha menoktahkan miskin tegar di negeri Kelantan yang dijangka boleh diselesaikan dalam tempoh dua bulan. 


Walhasil, saya berharap semua kementerian dan agensi yang berkaitan memberi perhatian khusus dan segera bagi memastikan kelancaran perancangan dan pelaksanaan projek-projek di Kelantan ini secara berkesan. 


Insya-Allah, projek-projek ini merupakan inisiatif berimpak tinggi kepada rakyat, khususnya warga Kelantan di kawasan luar bandar yang akan menikmati manfaat dalam jangka masa panjang.


#MalaysiaMADANI



No comments: