ELOK SPRM BUKA SEMULA SIASATAN DAN SEMAK SEMULA FAIL LAMA... MESTI ADA KERANA KEKAYAAN YANG LUAR BIASA.


MSO

 

Seorang penceramah di pirake Kuala Kubu membilang akan kehebatan pencapaiannya satu persatu. 


Dia kata dia jadi Adun dalam usia 29 tahun jadi menteri dalam masa 35 tahun dan pegang empat kementerian. Empat kementerian apa sumbangannya kepada negerinya?


Kononnya tiada apa lagi yang nak dikejarnya. Dia kata dia tak boleh maki Umno sebab dia dilahir dan dibesar dalam Umno. Kini disertai Pas untuk tumpang kemenangan. 


Suatu masa dulu dialah penentang Pas nombor satu di negerinya. Apa yang tidak dimaki hamu kepada Pas cukup lengkap segalanya.


Saya nak ingatkan apa dibilang hitung itu tak mencukupi sebagai sunnah seorang pejuang dia belum lengkap kerana beliau masih belum meringkuk dalam penjara. 


Dua siasatan SPRM terhadapnya tak sangkut. Jadi untuk mengesahkan dia sebagai pejuang tulen elok SPRM buka semula fail bersangkutan dan siasat kenapa dia memiliki kekayaan lebih daripada had. 


Sekagi tangannya tidak digari dia belum ideal sebagai pejuangan. Menyertai Pas segala dosa dan nodanya tak terhakis secara automatik. Trims.