Mmmmm...GITU LAH SEADANYA



Dah aku kata, dalam PAS dah tak ada yang cerdik.


Baru-baru ni ada lebai mempersoalkan DS Anwar gunakan perkataan yang dia tak biasa dengar ketika membentangkan belanjawan. Aku ingatkan kenapa dia kecoh sangat pasal bahasa. Rupanya memang PAS lemah bahasa Melayu.


Itu sebab bila DS Anwar guna perkataan yang dia rasa pelik, dia persoalkan. Punya lemah PAS dalam isu bahasa ni, sampaikan nak buat posting sokong Palestin pun jadi makna lain.


Sirna tu maknanya pudar, lenyap, musnah. Apa hal PAS doakan kemenangan Palestin sirna pulak? PAS taknak Palestin memang lawan Israel ke? PAS dah sokong pulak Israel ke sekarang?


Tak tahu makna tu satu hal. Tak nak cari tu satu hal lagi. Bukan susah sangat pun. Google je la. Kalau tak nak pakai Google sebab boikot, buka la Kamus Dewan. Takkan DBP pun PAS boikot?


Apa pun, posting ni menjelaskan sikap PAS. Mereka ni suka buat persepsi sendiri dan lebih dahsyat lagi, enggan cari fakta. Hentam keromo je. Sebab tu PAS banyak sebar info salah sehingga menjurus kepada fitnah. Guane boh?




 

Raja Gelap II 


.