Kadangkala bercakap lebih mudah dari membuat kerja terutama pada bekas pensyarah.
Nampak gaya kita penyokong PH yang terpaksa memerangi propaganda fitnah PN secara pro bono.
****************
Spekulasi bertiup kencang bahawa Mohammad Agus Yusoff akan meninggalkan Jabatan Komunikasi Komuniti (J-Kom), tidak sampai setahun setelah dilantik.
Setakat ini kerajaan masih berdiam diri berkaitan status itu, ketika media mula membincangkan perkara itu.
Memetik sumber, portal seperti Suara.TV antaranya berkata dia telah menghantar surat peletakan jawatan yang berkuat kuasa semalam.
Malaysiakini sudah menghubungi Agus dan masih menunggu maklum balasnya.
J-Kom dijenamakan semula daripada Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa) yang sebelum ini dikaitkan dengan siri propaganda parti pemerintah.
Jawatankuasa itu setakat ini berdepan kritikan gagal mendepani serangan kumpulan pro-Perikatan Nasional (PN) dan kempen 3R (kaum, raja dan agama) di media sosial, selain Kementerian Komunikasi dan Digital.
Setiausaha Publisiti DAP Johor Marina Ibrahim antara pihak yang tampil menuntut Agus ditukar atas dakwaan penyampaian maklumat kerajaan tidak sampai ke bawah.