BENARKAH BIDANGKUASA MAHKAMAH SYARIAH AKAN TERHAPUS??





Dakwaan Timbalan Presiden Pas, Tn Ibrahim Tn Man bahawa sebahagian besar bidang kuasa mahkamah syariah akan terhapus jika Mahkamah Persekutuan menerima Petisyen Nik Elin Nik Rashid adalah satu pembohongan besar kepada masyarakat.


Bidangkuasa Mahkamah Syariah telah disebut dengan jelas dalam Senarai II, Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan. Selagi Perlembagaan negara ini tidak dipinda, maka selagi itulah mahkamah syariah dan bidangkuasanya akan wujud. 


Lagipun apa apa pindaan perlembagaan ke atas semua perkara berkaitan Islam mestilah terlebih dulu mendapat perkenan Majlis Raja Raja Melayu. Makna kata, selagi Raja Raja Melayu wujud selagi itu Mahkamah Syariah akan wujud. 


Pertikaian sehingga membawa petisyen tersebut difailkan hanya berkaitan bidang kuasa. Apabila Kerajaan Kelantan telah memasukkan banyak kesalahan kesalahan yang sebelum ini dibicarakan di mahkamah sivil berdasarkan berbagai undang undang jenayah Persekutuan, maka ianya menimbulkan satu polemik baru adakah Mahkamah Syariah juga ada kuasa untuk membicarakan kes kes yang dibicarakan di mahkamah sivil???... Tu jah isu sebenar, usah putar belit menggunakan sentimen agama untuk perdayakan orang awam. 


Begitu juga dakwaan Tn Ibrahim bahawa isu perundangan Islam ini datang bersama dengan akidah adalah satu dakwaan yang mengelirukan. Jangan samakan perundangan syariah dengan enakmen jenayah Islam kerana hukuman hukuman yang dikenakan oleh mahkamah syariah juga bukan hukuman dari Al quran dan hadis.


Kalau hukuman di mahkamah sivil didakwa bukan bersumberkan hukum Islam, maka hukuman di mahkamah syariah juga bukan bersumberkan hukum Allah. Hukuman di Mahkamah Syariah adalah tertakluk kepada bidangkuasa yang diberikan di bawah Akta 355, Akta Mahkamah Syariah (Bidangkuasa Jenayah ) 1965, sama sahaja dengan hukuman di Mahkamah Sivil yang bidang kuasanya berpunca dari Akta Mahkamah Persekutuan. 


Sebagai contoh, Akta Mahkamah Syariah menberi kuasa kpd Mahkamah Syariah hukuman denda tidak melebihi rm5000, sedangkan di Mahkamah Sivil tidak ada had, boleh denda  sehingga ratusan juta.... Adakah perbezaan yang ketara ini menjadikan hukuman di mahkamah syariah adalah "Islam," manakala hukuman di mahkamah sivil tidak Islam?


Kesalahan bersetubuh dengan bukan manusia boleh dihukum dengan penjara sehingga 20 tahun di Mahkamah Sivil, manakala di mahkamah syariah tidak boleh melebihi tempoh 2 tahun..... Adakah perbezaan ini menjadikan mahkamah syariah dianggap "perundangan Islam", manakala kesalahan yang sama di mahkamah sivil dianggap kesalahan bukan Islam??? 


Cukup cukuplah perdayakan masyarakat dengan sentimen agama secara palsu, kasihanilah mereka yang tak tahu dan faham prinsip perundangan.