BERITA BURUK BUAT SANUSI. KALAU AKU TIDOQ TAK LENA DAH.....HANG MENCARI INSYAALLAH MENDAPAT.

 


SPRM TEMUI PETUNJUK BARU KES CURI REE DI KEDAH, JAGA-JAGA SANUSI…




Siasatan dijalankan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung kes kecurian unsur nadir bumi di Kedah berjaya menemukan beberapa petunjuk baharu, kata Ketua Pesuruhjaya Azam Baki.

Azam berkata sepanjang tempoh siasatan dilakukan, SPRM juga menggunakan khidmat pakar untuk mengenal pasti tempoh masa serta kuantiti unsur nadir bumi disyaki dicuri berdasarkan ujian makmal.

“Siasatan kes berkenaan masih berjalan melibatkan siasatan berkait isu-isu rasuah, salah guna kuasa dan pecah amanah terhadap individu dan agensi-agensi penguatkuasaan yang terlibat,” katanya ketika dihubungi.

Bagaimanapun beliau enggan mengulas lanjut tentang perkara itu kerana dikhuatiri mengganggu siasatan.

Julai lalu, 10 exco Kedah dipanggil memberikan keterangan kepada SPRM bagi membantu siasatan berhubung kes itu.

Selain itu, media turut melaporkan seorang pegawai kanan Perbadanan Menteri Besar (MBI) Kedah dan seorang wanita yang merupakan pengarah sebuah syarikat ditahan SPRM bagi membantu siasatan kes rasuah lebih RM13 juta serta salah guna kuasa membabitkan isu berkenaan.

Menteri Besar Kedah Sanusi Nor turut mengesahkan beliau dipanggil memberikan keterangan berhubung kes berkenaan kepada SPRM pada September lalu.

Sumber – https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2023/10/06/sprm-temu-petunjuk-baharu-kecurian-ree-kedah-kata-azam/



1 comment:

Anonymous said...

Terpaksa guna sprm. Kerajaan bernajis. Ada 46 kes. Ada pemimpin lewat.