Video penjelasan daripada influencer TikTok bidang ekonomi Nazri Hamdan tentang nilai ringgit yang menjunam berbanding dollar Amerika.
Adakah nilai ringgit melemah? Sebenarnya tak tapi nilai dolar Amerika yang mengukuh. Kenapa? Sebab keputusan US untuk kekalkan OPR mereka pada kadar yang tinggi iaitu 5.5%.
Bukan nilai ringgit saja yang teruk berbanding USD. Negara Asia yang lain juga banyak yang terjejas. Penurunan nilai mata wang berbanding USD adalah seperti di bawah ini.
Ringgit Malaysia -1.63%
Rupiah Indonesia -2.56%
Bath Thailand -5.35%
Dollar Singapura -1.39%
Dong Vietnam -1.29%
Yen Jepun -1.84%
Kalau lihat, bukan ringgit saja merudum. Yen Jepun pun sama terkesan dengan pengukuhan nilai dolar Amerika ni. Lebih teruk dari nilai ringgit. Bahkan Bath Thailand mengalami kadar penurunan yang lebih dahsyat.
Salah satu punca kejatuhan nilai bath adalah kerana tiadanya kestabilan politik. Selepas beberapa bulan baru mereka dapat lantik PM dan itu menyebabkan pelabur hilang keyakinan. Jadi korang tengok usaha nak tebuk atap tu sebenarnya adalah sabotaj pada ekonomi dan nilai pasaran ringgit.
Pasaran ringgit berbanding negara serantau pula melihatkan ringgit semakin mengukuh contohnya dengan Rupiah Indonesia, ringgit menambah nilai sebanyak +0.93% walaupun selepas Indonesia membuat Forex Intervention. Dengan Bath Thailand pula +3.76%.
Salah satu cara untuk mengukuhkan ringgit adalah dengan menaikkan kadar OPR seperti yang Amerika buat. Korang yang bising nilai ringgit menjunam ni, sanggup ke kalau OPR dinaikkan?
Aku cuma rangkumkan saja apa yang brader Nazri Hamdan ni cakap. Paling baik korang tengok sendiri video ni. Lebih detail dan jelas. Boleh follow brader ni di TikTok. Search Nazri Hamdan. Guane boh?
Raja Gelap II
.