PMX BERTEMU MENTERI PELABURAN....HANGPA KATA KE PMX...PMX CARI PELABURAN. MASA HANGPA JANA WIBAWA.PASTU SAKAW

 






Di Abu Dhabi, salah satu mesyuarat terawal saya adalah dengan Yang Mulia Mohamed bin Hassan Al Suwaidi, Menteri Pelaburan UAE, Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif ADQ.


Saya dimaklumkan, ADQ merupakan syarikat pelaburan berfokuskan kelestarian yang berpangkalan di Abu Dhabi.


Hatta, saya yakin Malaysia akan mendapat manfaat yang besar daripada menjadi sebahagian daripada destinasi pelaburan masa depan ADQ sementelahan memasarkan Malaysia sebagai pangkalan atau hab mereka ke pasaran ASEAN. 


Hubungan perdagangan dan pelaburan Malaysia-UAE sememangnya kukuh dari dahulu lagi, dan saya berharap pertemuan ini bakal menguatkan lagi hubungan antara kita.


Saya yakin MITI dan agensinya MIDA serta MATRADE juga sedang bertiwikrama dalam menambahbaik landskap pelaburan dan perdagangan di Malaysia.


Sekali lagi, terima kasih H.E. Mohamed bin Hassan Al Suwaidi dan seluruh pasukan atas kepercayaan dan keyakinan anda terhadap Malaysia. 


#MalaysiaMADANI