Flashmob di Simpang Pelangai, pemandu bunyi hon sokong BN



Oleh: Abdullah Zaid



Berbaki kurang 18 jam sebelum hari pengundian, kempen BN di Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Pelangai dihiasi dengan Flashmob menyeru pengundi di situ memilih calon BN, Datuk Datuk Amizar Abu Adam sebagai wakil rakyat baharu.



Flashmob yang diadakan di jalan Simpang Pelangai petang tadi ditambah meriah dengan kehadiran jentera Pakatan Harapan (PH) mengibarkan bendera BN.



Himpunan itu turut menyaksikan pelbagai sepanduk dan plakad berupa isu semasa dan tawaran Kerajaan Perpaduan kepada pengundi dipamerkan kepada umum.



Walaupun, jentera Perikatan Nasional (PN) turut mengadakan mini himpunan kira-kira 50 meter daripada Flashmob BN namun keadaan terkawal dan harmoni tanpa berlaku sebarang provokasi.



Dalam pada itu, pengguna jalan raya di Simpang Pelangai dilihat lebih banyak membunyikan hon, sebagai tanda sokongan kepada calon BN.



Pada Sabtu ini, Datuk Amizar Abu Adam (BN) berdepan saingan tiga penjuru dengan menentang calon PN, Kasim Samat atau lebih dikenali sebagai Cikgu Kasim dan calon bebas Haslihelmy DM Zulhasli.



PRK diadakan susulan kematian penyandangnya Datuk Seri Johari Harun dalam nahas pesawat terhempas di Elmina, di Shah Alam, Selangor, Ogos lepas.

 


 

No comments: