MANA DIA PAKAR EKONOMI PN.

 

Perikatan Nasional sudah tidak ada modal nak serang PH bab ekonomi sampai kena tunjuk berita-berita lama konon harga tak terkawal 🤣


Sampai hari ini, tak ada sorang pun pakar ekonomi "hebat" Perikatan Nasional yang berani untuk menafikan bahawa inflasi sejak Kerajaan Perpaduan ambil alih telah turun dan harga barang semakin stabil.


Mereka pun tahu angka-angka ekonomi ini adalah sumber rasmi daripada agensi kerajaan yang mereka pun rujuk ketika memerintah. Sebab itu, sunyi sepi tiada yang nafikan.


Ekonomi Malaysia berkembang baik sebanyak 5.6% pada suku pertama 2023, lebih baik berbanding pertumbuhan negara serantau seperti Indonesia (5%), China (4.5%) dan Vietnam (3.3%).


Inflasi telah turun sehingga kini ke tahap 2.4%, kadar terendah untuk 6 bulan pertama untuk tahun ini.


Kerajaan Perpaduan akan terus tampil dengan program ekonomi berimpak tinggi seperti Ekonomi Madani dan Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga (NETR) untuk manfaat kepada rakyat.



No comments: