KERAJAAN NAK TAU BETUL ATAU TIDAK ADA NADIR BUMI. NASIB HANG TAK SELALU CERAH SANUSI...ORANG NAK MELABUR SECARA ELOK DAN BUKAN MENCURI SEBAGAIMANA DI DAKWA.

 

Anwar bawa ahli perniagaan Indonesia mohon lombong REE di Kedah, dakwa Sanusi

Sanusi Nor mendakwa serangan Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail terhadapnya mungkin ada kaitan dengan perkara itu.


Sanusi Nor mendakwa ahli perniagaan Indonesia itu membuat permohonan untuk melombong REE beberapa minggu sebelum DUN Kedah dibubarkan.

PADANG TERAP: Menteri Besar Kedah Sanusi Nor mendakwa Perdana Menteri Anwar Ibrahim pernah membawa seorang ahli perniagaan dari Indonesia ke negeri itu untuk memohon tanah bagi perlombongan unsur nadir bumi (REE).

Katanya, individu dari negara jiran itu dikenali Riza Chalid, dan beliau mendakwa serangan berhubung isu itu oleh Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail mungkin mempunyai kaitan dengan perkara berkenaan.

“Saya memang ingat Pak Riza ini ada jumpa macam-macam orang untuk nak mohon tanah lombong REE,” katanya pada ceramah di DUN Pedu malam ini.

Beliau berkata, ketika itu beliau sudah menjadi menteri besar dan mereka datang beberapa minggu sebelum DUN Kedah dibubarkan.

Sanusi turut mendakwa Riza pernah menyuarakan hasrat memberi beratus-ratus ekor lembu untuk dikorbankan sempena Hari Raya Aidiladha lalu, tetapi ditolaknya.

“Ada orang hubungi saya (beritahu) Pak Riza ini ada nak berikan beratus-ratus lembu korban, tetapi saya tak mahu sebab dah nak dekat pilihan raya, takut lembu itu akan jadi rasuah.”

Katanya, beliau tidak menolak mana-mana pihak mempunyai kepakaran untuk memohon bagi perlombongan REE, asalkan ia dibuat dengan cara betul dan membawa pulangan kepada kerajaan negeri dan rakyat Kedah.

“Buat kerja ikut undang-undang, biar betul-betul. Janganlah sampai rosak mineral kita…hilang duit kita. Siapa pun atas dunia ini yang ada kemahiran, ada kepakaran nak mohon kawasan REE silakan, kita luluskan dengan syarat hasil itu pulang kepada rakyat Kedah.

“Anwar ke Saifuddin ke, marilah sesiapa pun tak mengapa,” katanya lagi.


No comments: