GENERAL PN/PAS YANG TAK ADA TELOQ.

 

PAS ni pada saya banyak akai. 


Semalam, mereka tolak pelawaan debat. Pentaksub mereka siap keluar naratif “Kalau dicabar orang bodoh, haruslah kita berpaling darinya”. 



Mak aiiii sampai begitu sekali nak justify kekecutan mereka taknak berdebat dengan Menteri Ekonomi. 


Satu lagi propa yang diguna, “jadi Kerajaan pun nak berdebat”. Apa punya hujah membodohkan rakyat. 


Selepas kena backlash besar2an dalam media sosial, hari ni mereka u-turn pula. Ok pulak nak berdebat. Maka naratif “berpaling dari orang bodoh” tadi sudah hilang. 


PAS lagi satu banyak akai, dia tak hantar level General atau Kolonel. Hantar level Sarjan je nak berdebat dengan Menteri Ekonomi. 


Kalau kalah pun takde hal. Mereka akan kata berat sebelah. 


Selain itu, debat Ini bukan untuk ketengahkan fakta pun. Mereka akan guna untuk mainkan sentimen pengundi. 


Bila nampak Menteri Ekonomi lantang berhujah, Sarjan ini akan biasanya buat2 gentleman, bercakap lembut sekali dan play victim. Akan dicananglah Menteri Ekonomi ni suka membuli. 


Sentimen underdog tu akan diperah sehabis mungkin untuk undi. 


Saya tak teruja sangat dengan debat ini. Lain betul kaliber kedua2nya. Macam tonton black belt lawan yellow belt. Kita dah tahu siapa pemenang. 


Cuma, bagaimana PAS akan mainkan sentimen debat ini, untuk dapatkan undi. Kita tengokkan nanti. Kalau Rafizi menang pun, mereka akan tetap propa angkat Syahir menjulang tinggi.


Sama saja apa yang mereka buat dengan Sanusi. Shadowing PMX, untuk tunjuk dia berani. 


Apa pun, kita bagi kredit la pada MP Bachok. Sanggup jadi sacrificial lamb, bila panglima2 mereka, mind my language, kecut *****. Boleh isi sendiri. Tak tergamak nak tulis. 


Salam hormat, 

Liyana Marzuki