REPORT CARD- PENANG- NAK PELINGKUP NEGERI , BAGI PADA PN


 




Negeri Sembilan dah. Kelantan dan Terengganu dah.

Hari ni, kita tengok report card Penang.

Setakat Jun 2023, katanya 92.4% janji Manifesto PRU14 telah dipenuhi. Details nya saya tengok berkenaan dengan pembinaan lebuh raya dan terowong dasar laut, kemajuan setempat, subsidi kebajikan rakyat.

Pengangkutan awam di Penang sama ada bas dan feri percuma. Bukan saja untuk B40 tapi untuk semua.

Minggu lepas, ketika bertugas di sana, dapat la saya merasa. Walaupun free, takde ramai yang naik bas. Walau masa tu waktu puncak. Saya naik dari hotel di Gorgetown sampailah ke Perhentian Feri. Bersih dan selesa basnya.

Dari segi penjagaan bandar, bila saya berjalan kaki di simpang2 bandar, nampak jalan terjaga. Sampah hampir tiada.

Dan diceruk2 rumah kedai, setiap penjuru ada je surau atau masjid kecil. Masjid Jamek ntah ada berapa di tengah bandar. Azan berkumandang setiap waktu. Tak tahu la propa “Islam terancam” macam mana tu?

Saya juga suka fokus Penang terhadap pengukuhan agama Islam. Kutipan Zakat antara tertinggi di Malaysia. Kerana orang Profesional yang jaga. Exco Agamanya ada doctrate dan diangkat jadi Timbalan Ketua Menteri.

Pembinaan wakaf dan masjid bertambah dari tahun ke tahun. Termasuk peruntukan Kerajaan Negeri untuk orang Islam.

Yang lain dari yang lain, di Penang ada KAFA Menengah, yang ditanggung sepenuhnya oleh Kerajaan Negeri. Siap setiap Tahfiz yang hafal Al-Quran dapat wang penghargaan. RM500.

Mereka juga tengah bina Universiti Kolej Islam Antarabangsa. Dan perkasakan Islamic Digital Library.

Kena ingat, masyarakat Melayu di Penang 46%. Bukan Melayu 54%

Daripada segi ratio penduduk, kita boleh katalah Penang antara negerj yang paling memberi untuk kemajuan penduduk Islam.

It’s helps, bila Penang ialah Top 2 Negeri termaju di Malaysia.

Jadi propaganda, Kerajaan Penang pinggirkan Islam tu, tak boleh jalan dah.

Penang ni cuma satu saja, kehadiran “Emperor” yang tak habis-habis kacau CM yang buat kerja. Mentang-mentang CM nya jenis senyap saja. Tu akan buat GAP menyampah. Maka berhati-hati lah.

My take, UG akan menang di Penang. Angan-angan PN 6-0 tu dalam mimpi saja lah.

Salam hormat,

Liyana Marzuki

 


No comments: