TEDIAAAA- SEKOLAH PONDOK KA TADIKA YANG SAMA.

 

Post tadi dah remove, sebab ada "kesilapan teknikal" yang mereka kata di sebabkan oleh kesalahan pereka graphic dalam copy paste.


-------------------------



MMMS


PAS Kedah memohon maaf susulan kesilapan profil calon Perikatan Nasional (PN) negeri itu yang memaparkan empat orang mempunyai latar belakang pendidikan sama.


“Pihak penganjur sama sekali tidak berniat untuk memberi maklumat yang tidak tepat dan memohon maaf atas kesilapan yang berlaku,” kata ketua penerangannya Mohd Azam Abd Samat.


Terdahulu beredar tangkapan layar profil empat calon melibatkan Chuah See Heng (Kota Darul Aman), Radhi Mat Din (Alor Mengkudu), Rashidi Abdul Razak (Anak Bukit) dan Dzowahir Ab Ghani (Suka Menanti).


Ia memaparkan latar belakang pendidikan sama, iaitu Sarjana Pentadbiran Perniagaan daripada Universiti Marshall, di Huntington, Amerika Syarikat.


Perkara itu diketengahkan pengguna maya, antaranya dengan membangkitkan persoalan sama ada mereka ini rakan sekelas.


Menurut Mohd Azam, kesilapan berlaku pada  paparan skrin di majlis pengisytiharan calon PN Kedah.


Dalam kenyataan yang disiarkan di Harakahdaily, Mohd Azam berkata ia berlaku kerana pereka grafik menggunakan templat sama tetapi tidak menukar butiran calon lain.


“Bagaimanapun kesilapan hanya berlaku pada paparan skrin tetapi tidak berlaku kesilapan ketika profile calon dibacakan oleh pengacara majlis,” jelasnya.


PAS bagaimanapun kemudian menggemukan profil baru yang diperbetul.



No comments: