RAMALAN ORANG SAKIT HATI,TAK ADA PENDIRIAN DAN JADI DJ RADIO

 



Pendapat KJ berbeza dari pendapat Mahiaddin. KJ berpendapat PH akan menang jika peratusan keluar mengundi adalah tinggi atau seperti biasa.


Sebaliknya kalau peratusan menurun, mungkin PN boleh buat kejutan. Ini kerana katanya, dijangkakan 5% peralihan undi Melayu daripada PN ke PH-BN.


Ulasan aku, jangkaan ini dibuat berdasarkan PRU15 tempohari. Malangnya situasi banyak berbeza kini. Dalam tempoh 8 bulan ini, banyak tuduhan PN yang berjaya dibuktikan sebagai fitnah. 


Sentimen pengundi atas pagar agak berbeza kini setelah melihat kesungguhan. DS Anwar bekerja dan juga faktor inflasi yang semakin rendah serta harga barangan yang kian menurun.


Kedua, faktor penghinaan terhadap Sultan Selangor juga tidak diambil kira. KJ, Syahril dan pemimpin PN yang lain fikir Melayu Selangor tak kisah jikalau Sultan mereka diremehkan.


Ketiga, aku melihat jangkaan KJ ini dibayangi emosi kerana kelihatannya KJ mahu UMNO gagal. KJ fikir Zahid akan disingkirkan jika UMNO terus gagal.


Sebaliknya jika BN berjaya bantu PH kekal di Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan, Zahid akan semakin kuat dan peluang KJ kembali ke pangkuan UMNO terpadam.


Apa lagi jika BN berjaya bentuk kerajaan di Kedah,  Kelantan dan Terengganu. Pasti KJ boleh bersara dari politik dan teruskan kerjaya sebagai penyampai radio selamanya.


Kesimpulannya, ramalan KJ ini separuh masak. Tak mengambil kira fakta. Ia bukan ramalan sebaliknya lebih kepada apa yang KJ harapkan berlaku dalam PRN nanti. Guane boh?


 

Raja Gelap 


.