MAHIADDIN LANGGAR GARISAN MERAH 3R, TINDAKAN JUGA HARUS DIAMBIL TERHADAPNYA

 

Teliti apa yang Pengerusi PN, Mahiaddin Md Yasin sentuh dalam kempen ceramahnya semalam ini.

Adalah jelas beliau telah menyentuh dan membuat tuduhan berkaifan isu 3R dalam kempen politiknya.

Berikut adalah apa yang disentuh dan dituduh Mahiaddin itu:-

Pengerusi PN itu mendakwa kerajaan perpaduan sebenarnya ditadbir “bukan Melayu” susulan tiada rayuan di mahkamah berhubung isu kalimah Allah.

Mahiaddon mendakwa, ketika menggalas tugas sebagai menteri dalam negeri, beliau menerima tekanan daripada DAP untuk tidak mengemukakan rayuan dalam kes tersebut.

“Semasa saya menjadi menteri dalam negeri di bawah kerajaan PH, saya menggesa mereka merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi mengenai hak wanita Sarawak menggunakan kalimah Allah.

“Di sebalik Anwar ada anggota parti DAP, saya tahu kerana sebelum ini kita didesak tidak akan rayu,” katanya dalam ceramah jelajah Perikatan Nasional di Kapar.

Berita penuhnya di sini – https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2023/07/30/tarik-rayuan-kalimah-allah-kerajaan-anwar-ditadbir-bukan-melayu-dakwa-muhyiddin/

Berdasarkan apa yang disebut Mahiaddin dalam ceramahnya itu, tidak dinafikan lagi beliau dengan sengaja telah menyentuh isu 3R dalam ceramah politiknya.

Bahkan aspek 3R yang disentuhnya adalah dua iaitu agama dan kaum apabila terus mempertikaikan isu rayuan berkaitan kalimah Allah itu, walhal ia sudah banyak kali diberi penjelasan oleh kerajaan.

Dalam penjelasannya sebelum ini, Anwar Ibrahim selaku Perdana Menteri berkata, tindakan kerajaan menarik balik rayuan keputusan Mahkamah Tinggi berhubung penggunaan kalimah Allah bertujuan untuk mengelak percanggahan dengan ketetapan Majlis Raja-Raja.

Beliau berkata, pihaknya merujuk kepada Yang di-Pertuan Agong dan Seri Paduka telah beri pandangan supaya semua keputusan harus terikat dengan keputusan Majlis Raja-Raja iaitu kalimah Allah tidak boleh digunakan di Semenanjung dan kelonggaran diberi hanya untuk Sabah serta Sarawak.

Anwar menambah, penarikan rayuan tersebut memberi ruang kepada kerajaan untuk menambah baik ketetapan berkaitan kalimah Allah selaras pandangan dan nasihat Peguam Negara.

Dalam hal ini, Mahiaddin secara terbuka dan berniat jahat turut menyentuh isu kaum dalam ucapannya yang menyentuh isu kalimah Allah apabila menuduh kerajaan perpaduan pimpinan Anwar sebenarnya ditadbir oleh “bukan Melayu”.

Apakah Mahiaddin buta dan tidak pandai mengira berapa jumpa menteri Melayu/Islam dalam kabinet berbanding bukan Melayu?

Berikutan sentuhan Mahiaddin dalam isu 3R ini, bahkan dua aspek sekaligus iaitu agama dan kaum telah disentuhnya, di sebalik kerajaan dan pihak polis telah berkali-kali memberi amaran melarangnya, maka tunggu apa lagi?

Selepas Sanusi Md Nor, kini Mahiaddin juga perlu disiasat dan patut segera didakwa di mahkamah.

Mahiaddin felah melanggar garisan merah yang ditetapkan oleh pihak polis. – ShahbudinHusin 31/07/2023.




No comments: