Norman Radzuan.
Cerai isteri talak 3 jika tidak bertukar kerajaan
PERLU 20 TAHUN UNTUK MELAYU BERUBAH
Bila kawan PM mahu terjemahkan maksud yg saya tulis semalam… saya cuba ringkaskan kerana kesihatan masih tidak 100% baik.
Siapa kelompok intelektual? Intelektual merupakan suatu golongan yg diklasifikasikan sebagai bijak pandai yg memiliki ilmu pengetahuan serta kepakaran dlm bidangnya serta di luar daripada bidangnya.
Golongan ini saya kategorikan kpd kelompok Pakatan Harapan. Mereka sukar diterima kerana mereka cuba mendidik. Pemimpin2 PH bercakap dgn ilmu dan fakta tetapi ia sukar diterima kerana ia tidak populis.
Fitrahnya manusia lebih mudah mengajak kpd perkara yg mungkar dari kebaikan. Tanya kawan waktu bujang dia sanggup ikut ke masjid 5 rakaat atau sanggup ke kelab atau karaoke setiap malam?
Siapa pula golongan pentaksub? Org Melayu mahu tidak mahu kita akui mereka adalah golongan yg mudah taksub atau taklid buta. Selalunya taksub mereka kpd kelompok golongan2 agama yg berkopiah, berjanggut dan berjubah.
Disempurnakan dgn hafalan beberapa ayat Al Quran utk mengkafirkan atau memburukkan org lain. Benar kata Husin tanya ‘parti agama’ berapa ramai yg mereka Islam kan org, berapa ramai yg mereka kafirkan org?
Saya pernah ditanya seorang kawan. Kenapa masa study dan bila berkeluarga saya memilih jamaah Al Arqam dan Tabligh? Sdgkan mereka tahu bila pilihanraya byk sumbangan saya kpd parti agama itu.
Jawapan saya tiada ketenangan. Jika saya pergi kuliah agama pun Ustaz2 nya tetap menyelitkan menyindir UMNO malah ada mengkafirkan UMNO. Malah Ustaz2 mereka di pentas politik akhlak Islam itu saya tidak nampak.
Saya perlukan jamaah yg menceritakan kebaikan dan mengajak manusia berbuat baik bukan menjatuhkan hukuman org itu ini akan masuk neraka.
Berbalik soal intelektual tadi, jika seseorang itu berilmu pasti tidak mudah ditipu. Org berilmu bila sesuatu disampaikan ia tidak akn taklid buta. Bila pulang ke rumah ia akn berfikir. Manusia jika gunakan akal nescaya ia tidak akn ditipu walau syaitan sekalipun.
Begitulah bila memahami agama tanpa metodologi adalah tindakan yg berbahaya. Metodologi ialah cara utk memahami agama dgn cara yg betul.
Berguru dgn guru yg mempunyai kefahaman yg benar. Memilih bahan bacaan yg benar dan berkualiti juga penting demi melengkapkan kefahaman.
Dlm politik di negara ini satu kelompok cuba mendidik dan satu lagi ambil peluang memperbodohkan.
Anda pernah dgr seorang MB kata ‘hampa bodoh’? Manusia atau org politik amat suka melihat kelompok yg mereka anggap bodoh sb mudah dibohongi.
Dlm kempen mereka sengaja memperbodohkan ahli sb mereka tahu ahli mereka akn percaya. Bila ada pemimpinnya berkata kerajaan Perpaduan ini akan jatuh mereka percaya tapi org intelektual mereka akn ketawa. Ini pilihanraya negeri tiada kena mengena dgn pemilihan kerajaan federal yg baru.
Tapi pengikutnya percaya sehingga sanggup mempetaruhkan isterinya jika tidak tukar kerajaan Ogos ini dia akn menceraikan isterinya talak tiga. Ia bukan tahap taksub tapi bodoh gila.
Apa nak hairan dlm bai'ah mereka pun jatuh talak kalau keluar parti dan sertai parti lain. Mereka sebenarnya telah merosakkan pemikiran bangsa mereka.
Lepas tu boleh kah seorang Menteri Besar berkata ‘kepala bapak hang tu’ bukan maki itu pujian. Ia seolah mendidik atau menggalakkan rakyat negerinya supaya menggunakan ayat tersebut kpd sesiapa sahaja tanpa rasa bersalah.
Bagaimana jika ada yg pergi kata ‘kepala bapa hang’ kpd ibu mereka? Saya tidak mengerti kerana politik ‘Ulama’ dari partinya tidak berani menegur bahawa kelakuan itu tidak betul. Ia bukan soal kepartian tetapi mempertahakan kesucian agama.
Inilah maksud saya ia pertarungan kelompok intelektual yg memahami erti good governance dan kelompok satu lagi yg mengajar pengikutnya bersifat taksub kpd pemimpin, perkauman, mengkafirkan sesama agama dan tidak peduli betapa pentingnya tadbir urus negara.
Mereka hadir beramai ramai bukan utk mendengar ilmu soal ekonomi atau pengurusan negara tetapi utk ramai2 bergelak ketawa mendengar pemimpinnya memaki hamun ‘kepala bapa hang’. Kita perlu 20 tahun lagi utk perubahan.