3 ROUNDS
Gossip nak tumbangkan Kerajaan bulan 8 sedang kuat kedengaran. Belah Pembangkang dah excited. Mereka dengan confident katakan mereka akan menang PRN 5-1.
Pemerhati politik pun terima pelbagai teori. Beberapa little birds pun dah sampaikan maklumat, bagaimana mereka pikir Rancangan Tebuk Atap mereka akan berjaya.
Step 1
- Tumbangkan Kerajaan Negeri Selangor dan Negeri Sembilan. PN nak take over. AA akan jadi MB sekali lagi. N9, MB tak tentu lagi.
- Pastikan semua kerusi UMNO kalah teruk di setiap Negeri.
Step 2
- Bila UMNO kalah teruk, step kedua ialah tumbangkan Presiden dan desak dia letak jawatan. UMNO akan beralih tangan ke Presiden pro-PN. Mereka harap dengan Presiden baru, akan dapat sokongan en blok dari UMNO untuk tebuk atap.
- Kalau tak berjaya tukar Presiden, 15 MP UMNO akan resign. Memaksakan Pilihanraya Kecil di 15 kawasan, dan mereka akan bertanding atas tiket PN.
Step 3
- Satu kawasan di Kelantan juga akan dikosongkan. Untuk seorang bekas PM bertanding. Beliau kalah deposit masa PRU15. Makanya, ini tindakan balas. Mereka akan buat beliau menang di situ.
Step 4
- Kerana Presiden PN dah jadi Kluster Mahkamah, blok PN akan angkat semula bekas PM jadi PM untuk kali ketiga.
- Apa saja akan dibuat untuk tumbangkan Kerajaan sedia ada.
*********************
Bagi penyokong PN dan pentaksub bekas PM tersebut, mestilah bersorak gembira.
Tanpa mereka sedar, tindakan ini akan memakan diri, Golongan Atas Pagar takkan boleh terima, negara huru hara sekali lagi.
Bagi yang rasional akan berfikir. Teruk sangatkah Kerajaan 8 bulan ini? Adakah mereka ada skandal level 1MDB? Adakah terjejas teruk ekonomi? Adakah yang ada ni langsung makan gaji buta, tak kompeten sama sekali?
Lepas tu, mereka akan bandingkan dengan Kerajaan sebelum ini. Taklah hebat mana. Takdelah kita desperate nak mereka semula.
Baru 8 bulan habis pilihanraya. Takkan la Kerajaan nak tukar semula?
Bagi Pengundi Bukan Melayu mereka akan waspada. Sentimen “Meng-Kelantan kan Selangor dan Negeri Sembilan” is picking up. Negeri sudah maju takkan nak mundur semula.
Mereka juga akan pilih Kerajaan berbilang bangsa. Bukan hanya fokus satu kaum sahaja. Tambah Gerakan tak kuat mana.
******************
Pada saya, saya ok Pembangkang nak jadi kuat di negeri. Check and balance Kerajaan kini.
Namun, yang saya menyampah, tamak mereka nak berkuasa kembali tu. Sampai nak angkat PM 2 kali. Tak boleh ke nak tunggu PRU16? Tahu la kes2 Mahkamah makin menghampiri.
Kalau bertukar2 Kerajaan lagi, apa akan jadi pada negara ini? Bukan ke haru biru lagi?
Disebabkan itu, PRN ini saya akan sokong Kerajaan Perpaduan. Bukan sebab mereka hebat mana. Tapi sebab saya pikirkan kepentingan negara.
Gerakan tebuk atap dan nak tukar PM round 3 ini tidak baik untuk kita.
Let’s the game begins!
Salam hormat,
Liyana Marzuki