KENAPA STARLINK

 

Pendakwah Teknologi.





🚀 Ramai yang tanya, kenapa kita nak guna Starlink sedangkan kita ada CONNECTme. Lepas tu ada juga yang kata CONNECTme mahal, Starlink murah dll. 


🔍 Seperti biasa, kita kena fahami dulu perbezaan baru kita boleh buat perbandingan.


➜ Secara umumnya anda kena tahu jenis satelit yang ada:

1. Geostationary Orbit (GEO) satellites

- Berada pada ketinggian lebih kurang 36,000 KM dari permukaan bumi.

- Kedudukan satelit adalah statik.

- 1 satelit boleh berikan liputan kepada kawasan yang SANGAT besar. Contohnya beribu-ribu kilometer.

- Jarak yang perlu dilalui oleh signal data adalah tinggi, maka sebab tu latency lebih tinggi. (permukaan bumi-satelit-permukaan bumi)

- Jenis penerima satelit (yang pasang dekat rumah anda) perlu yang sesuai untuk mencapai jarak satelit yang jauh. Piring satelit tu statik, tak payah gerak-gerak.

- Kos operasi GEO satelit adalah sangat TINGGI, mahal.


2. Low Earth Orbit satellites (LEO)

- Berada pada ketinggian lebih kurang 550 KM dari permukaan bumi.

- 1 satelit memberikan liputan kepada kawasan yang lebih kecil.

- Satelit bergerak pada orbit, maka perlu ada beribu-ribu satelit untuk berikan liputan yang berterusan.

- Jarak yang perlu dilalui oleh data adalah lebih pendek, maka latency lebih rendah.

- Walaupun kos operasi 1 satelit LEO adalah lebih rendah, namun kita bukan bercakap pasal hanya 1 satelit, tapi beribu-ribu satelit.

- Jenis penerima (yang letak dekat rumah anda) adalah jenis yang boleh bergerak secara automatik, sebab satelit LEO sentiasa bergerak dan berganti. Sebab tu piring Starlink boleh bergerak sendiri, dia ada motor pada piring tu.


🛰️ Malaysia ada satelit MEASAT (Malaysia East Asia Satellite). Satelit MEASAT adalah jenis Geostationary Orbit (GEO) satellites. Servis CONNECTme menggunakan satelit MEASAT.


🌌 Satelit yang digunakan oleh Starlink adalah jenis Low Orbit. Starlink boleh berikan servis Internet kepada satu dunia kerana mereka telah melancarkan hampir 4,500 satelit ke orbit sehingga May 2023. Starlink bercadang untuk melancarkan sehingga 43,000 satelit ke orbit bagi menghasilkan sesuatu yang dipanggil megaconstellation.


🛰️ Malaysia juga mempunyai satelit jenis Low Orbit (LEO) melalui program Angkasa-X, nama satelit tu adalah A-SEANSAT-PG1 (PG1). Tapi anda kena faham, itu adalah 1 satelit sahaja. Tak cukup untuk berikan servis Internet seperti Starlink.


🌐 Kenapa kita perlu menerima kemasukan Starlink?

- Alasan yang sama kenapa kita perlu ada saigan antara Unifi, TIME, Allo, Digi Fiber, Celcom Fiber, Maxis Fiber dll.

- Alasan yang sama kenapa kita ada Celcom, Digi, Maxis, Umobile, YES, Unifi, Yoodo, XOX dll.

- Alasan yang sama kenapa kita ada dwi rangkaian 5G.


📡 Starlink BUKAN untuk menggantikan CONNECTme. Starlink adalah alternatif kepada CONECTme.


👍 Kenapa saya beria-ria menyokong pelaksanaan 5G? 

Kerana teknologi 5G adalah alternatif terbaik untuk sesiapa yang inginkan sambungan Internet laju seperti fiber di kawasan yang tidak ada liputan fiber optik.


💡 Kenapa saya beria-ria menyokong kemasukan Starlink?

Kerana Starlink adalah penyelesaian termurah dan tercepat untuk mengatasi masalah sambungan Internet di kawasan yang mencabar dan tidak mempunyai infrastuktur rangkaian.


🌍 Kini rakyat Malaysia boleh mendapatkan sambungan Internet melalui 4G, 5G, Fiber dan Satelit. Ya, masih banyak yang perlu diperbaiki, tapi ini adalah permulaan yang sangat baik.


🎥 *Saya tengah buat video untuk nak terangkan perkara ni.