Menteri
Ekonomi Mohd Rafizi Ramli membidas 'manifesto' Pengerusi Perikatan Nasional
(PN) Mahiaddin Yassin untuk turunkan kos sara hidup.
Menurut
Rafizi, kenyataan Mahiaddin yang dianggap sebagai sebahagian manifesto Pilihan
Raya Negeri (PRN) PN itu dilontarkan tanpa menjelaskan secara terperinci
bagaimana ia bakal dilaksanakan.
Tidak
sekadar itu, Rafizi menyifatkan Mahiaddin seolah-olah tidak menyedari bahawa
kadar inflasi di Malaysia sudah pun turun selama enam bulan berturut-turut.
"Komponen
penting untuk mengawal harga barang adalah dengan menambah bekalan.
"Nak
turunkan harga, perlu tambah bekalan. Tambah bekalan bukan macam petik lalang
tepi jalan,"{ katanya dalam ciapan di Twitter pada Ahad.
Mahiadin
melalui laporan media baru-baru ini berkata, akan memberi tumpuan menyelesaikan
masalah kenaikan kos sara hidup termasuk isu lonjakan harga barang dan inflasi
dalam manifesto PRN gabungan itu di enam negeri.
Menurutnya,
antara fokus dalam kempen kali ini adalah masalah pekerjaan, pendapatan rakyat
yang masih rendah, kesihatan, pendidikan, perumahan, isu perubahan iklim, alam
sekitar dan infrastruktur.
Dalam
pada itu, Rafizi berkata semua yang dinyatakan Mahiaddin sedang dalam perhatian
dan usaha kerajaan yang serius.
Di
pihak kementeriannya sendiri, Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) diperkenalkan
bagi melipatgandakan infrastruktur dan kemudahan pertanian moden untuk membantu
meningkatkan ekonomi sekaligus meningkatkan penglibatan anak-anak muda dalam
industri pertanian moden.
"Kerajaan
terdahulu ada laksanakan apa-apa untuk turunkan harga barang? Tidak ada. Sebab
tidak menarik.
"Nak
libatkan rakyat dalam industri tani moden bukan mudah, tapi kita mesti
laksanakan," katanya sebagai perbandingan usaha kerajaan pimpinan Datuk
Seri Anwar Ibrahim dengan situasi ketika Mahiaddin menjadi Perdana Menteri.