TAK SALAH NAK TAKUT BUAT APA ? ADA CURI DUIT? ADA BUNUH ORANG KAH ? ADA SIMPAN BANYAK HARTA LUAR NEGARA ? ADA AMBIK RASUAH ?

 

Tun M dakwa ramai orang kenamaan dalam ketakutan

oleh FARAH SHAZWANI ALI20 Julai 2023 03:

Description: Tun Dr Mahathir Mohamad - Foto Bernama.

Tun Dr Mahathir Mohamad - Foto Bernama.

SHAH ALAM - Ramai dalam kalangan kenamaan Melayu didakwa berada dalam ketakutan kerana bimbang akan dikenakan tindakan termasuk saman dan pendakwaan di mahkamah.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, golongan berkenaan bimbang jika ada orang tertentu akan melaporkan kepada polis dan berdepan siasatan.

"Mereka tidak senang dengan prestasi kerajaan sekarang. Banyaklah sebab kerana berpendapat kerajaan sekarang tidak baik. Mereka menyatakan ini apabila ditemui.

"Tetapi mereka enggan menyertai sebarang gerakan yang memiliki pendapat yang sama. Ini kerana mereka takut jika dikenal pasti oleh kerajaan dan tindakan akan diambil terhadap mereka," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Dr Mahathir turut mendakwa, ada antara kenamaan itu yang takut jawatan mereka ditukar kepada lebih rendah atau dilucut terus.

Malah katanya, ada yang takut kontrak mereka ditarik balik atau diganggu.

"Ada ugutan untuk hantar kereta polis ke hadapan rumah mereka dan takut akan dimasukkan ke dalam tahanan polis.

"Tidak ada caj (pendakwaan) tetapi jika masuk dalam tahanan walaupun hanya beberapa hari sahaja, tekanan jiwa amat teruk," dakwanya.