PRINSIP
Selalu Taksuber akan gelar golongan atas pagar (GAP) atau
non-partisan ini, golongan tak berprinsip atau lalang.
Hujahnya simple, kerana kita tak setia pada mana2 orang.
Pada saya, susah kita nak betulkan mereka yang dalam bubble.
Makanya, posting ini untuk GAP, bagi kita fahami PRINSIP kita.
1. Setia kita kepada Raja dan Negara. Bukan kepada parti atau
pemimpin berhala.
- GAP tahu dan sedar tiada satu pun parti yang sempurna, tiada
seorang pemimpin pun yang maksum. Maka bila menyokong dan mengundi, paksi kita
ialah pilih the lesser evil, mana baik untuk negara.
- Sokongan dan dokongan ini bukan selamanya. Kalau parti atau
pemimpin yang diundi itu, sesat dan ke laut dalam bina negara, next term, akan
wajib ditukar jua.
2. Kita tak sokong membuta sama ada Kerajaan atau Pembangkang.
Yang kita sokong Prinsip demokrasi especially dalam Rukun Negara. Contohnya:
Ketika kita
all out lawan Kleptokrat ketika kesnya di Mahkamah, bukan sebab kita penyokong
tegar Kerajaan TSMY atau Tun M. Tujuan dan niat kita ialah menyokong dan
bersoladiriti dengan Institusi Kehakiman, kita sokong prinsip Kedaulatan
Undang2 dan Keluhuran Perlembagaan.
Ketika kita
bantah PH tebuk atap kembali selepas episod Sheraton Move, bukan juga sebab
kita dokong pengkhianatan geng tebuk atap. Tapi sebab runtuhkan Kerajaan pada
masa pandemik itu, tak baik untuk rakyat dan negara. Perlulah tunggu PRU15
pula.
Ketika kita
menyampah dengan antik Pembangkang, yang kerjanya nak Semak dan Tumbang. Bukan
bermakna kita ni Penyokong tegar Kerajaan sedia ada. Kita nak Pembangkang buat
kerja. Push Kerajaan kotakan janji mereka. Buat semak dan imbang, sebagaimana
prinsip demokrasi. Itulah kerja mereka sebenarnya. Bukannya tak menyempat nak
berkuasa semula.
Dan kini, bila
kita marah orang politik persendakan Raja. Bukannya sebab kita “in love”dengan
Kerajaan sekarang. Mereka pun kita hentam. Tapi kerana mantra “Kesetiaan kepada
Raja dan Negara”. Ini yang orang partisan susah nak paham. Yang kita lindungi
ialah Institusi, bukan Kerajaan.
3. Bila taksuber berkata mereka pegang pada prinsip perjuangan.
Namun, dalam era Fluid Politics di Malaysia ini, jalur perjuangan parti pun
sudah kabur. DAP boleh geng dengan UMNO. PAS boleh geng dengan Gerakan. Walhal
lain2 garis perjuangan. Makanya prinsip pun dah ke laut, bukan?
4. Kena ingat prinsip orang politik ini “matlamat menghalalkan
cara”. Chemeleon yang sentiasa lapar kuasa. Mereka boleh berubah, lawan dan
kawan tidak akan kekal lama. Prinsip disesuaikan ikut masa.
Contoh, dulu dia pimpin Kerajaan Berbilang Bangsa, sekarang ia
dah jadi di luar Perlembagaan pula.
5. Makanya, kita tanya. Siapa yang lalang sebenarnya?
Salam hormat,
Liyana Marzuki