TANPA GELARAN YB NURUL TETAP BERKHIDMAT. YANG BERGELAR YB PI MANA ?

 


Pemimpin yang hebat. Tanpa jawatan pun tetap berkhidmat. Mana pergi MP yang rakyat pilih sampai Nurul Izzah tersingkir?


Rakyat Permatang Pauh jadikan ini sebagai sempadan. Jangan lagi ulangi kesilapan yang lalu. Pilih yang pandai bekerja, bukan gebang je.


Rakyat 6 negeri yang akan PRN ni, boleh ambil ini sebagai pengajaran. Terbukti PN tak peduli keadaan rakyat. Guane boh?


 

Raja Gelap 


.


NURUL IZZAH ANWAR


Setiap Hari Riders Kena Saman Ratusan Ringgit. 💸


Sudah sekian lama rider penghantar makanan memohon bantuan daripada wakil rakyat semasa. Tapi sampai sekarang masih tak ada jawapan dan langsung tak dapat apa-apa respon.


Rider-rider ni dah buntu dan tak tahu nak buat apa lagi. Jadi mereka terpaksa berhimpun dan menghantar mesej bantuan kepada saya. Walaupun saya bukan lagi Ahli Parlimen Permatang Pauh, masih ramai penduduk di sini yang mesej saya untuk memohon bantuan. 🙏🏼


Menurut mereka, tugas ini memerlukan mereka untuk masuk ke mall melebihi 10 kali, dan setiap kali masuk mereka kena bayar parking semata-mata untuk mengambil makanan. Benda ni amat membebankan mereka. Jadi untuk jimatkan kos, kadang-kadang mereka hanya letakkan motosikal di tepi jalan di luar mall.


Tapi timbul dua masalah.


❌ Satu : Trafik akan jadi sesak sebab motosikal mereka menghalang laluan. Jalan dua lane jadi satu lane sahaja.

❌ Dua : Mereka akan disaman oleh PDRM sebanyak RM100 atau Majlis Perbandaran Seberang Perai sebanyak RM20, atau kedua-duanya sekali. Total saman boleh mencecah ratusan Ringgit sehari. 💸


Diorang ni kebanyakannya orang Melayu dan bukan datang dari keluarga senang. Ramai juga riders yang kena saman 2-3 kali dalam sehari. Nak bayar parking mall tak mampu, bila parking luar kena saman pula. Duit gaji habis untuk bayar saman je. 😭


Mereka mengeluh dan merayu supaya diwujudkan tempat parking dan ruang menunggu khas bagi riders di Sunway Carnival Mall. Tapi keluhan mereka dipandang sepi.


Kesian saya tengok. 😔 Saya kena bertindak sebab mereka benar-benar perlukan bantuan.


✅ Pihak kami berjumpa dengan pihak pengurusan Sunway Carnival Mall untuk ketengahkan isu ini. Setelah berunding selama satu jam, kami berjaya menemui jalan penyelesaian! 🤝 Pihak Sunway bersetuju untuk menyediakan tempat parking khas untuk pekerja gig yang terlibat dengan servis penghantaran.


✅ Ini sekali gus dapat menyelesaikan isu kesesakan dan isu saman menyaman yang mereka kena hadap hampir setiap hari. Win win! 😁


Pekerja gig adalah sebahagian daripada tulang belakang kepada ekonomi kita. Merekalah yang mempertaruhkan nyawa mereka setiap hari di jalan raya untuk menghantar pesanan kita demi mencari rezeki.


Semoga riders terus steady! 💪🏼




No comments: