Starlink dapat lesen daripada kerajaan


FMT REPORTER.



Perkhidmatan kendalian SpaceX akan bermula di institusi pengajian tinggi dan sekolah, menurut Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil.


PETALING JAYA: Kerajaan memberikan lesen pemberi kemudahan dan perkhidmatan rangkaian kepada Starlink untuk menyediakan perkhidmatan internet satelit di negara ini, terutama di kawasan pedalaman.

Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil berkata, perkhidmatan kendalian SpaceX itu, yang diasaskan oleh usahawan teknologi terkemuka Elon Musk, akan bermula di institusi pengajian tinggi dan sekolah.

 

Perkara ini diumumkan seminggu selepas pertemuan maya antara Perdana Menteri Anwar Ibrahim dan Musk tentang pelaburan ke Malaysia.

“Sekarang ini, 97% kawasan berpenduduk mempunyai akses internet. Untuk baki 3% pula, ada isu geografi lokasi seperti kawasan pedalaman atau pulau terpencil yang menjadi cabaran kepada pembinaan rangkaian,” kata Fahmi di Facebook.

Tambahnya, kerajaan sedia bekerjasama dengan penyedia perkhidmatan internet satelit ke arah 100% akses di kawasan berpenduduk.














No comments: