Kementerian Kewangan sahkan suntikan kewangan Felda bayar sukuk









        DOKUMEN SUNTIKAN DANA  KERAJAAN PERSEKUTUAN KEPADA FELDA



 Kementerian Kewangan hari ini mengesahkan Kerajaan Persekutuan telah mula menyuntik dana kepada Felda untuk agensi itu membayar kepada pemegang sukuk bagi membolehlah Felda terus beroperasi tanpa gangguan kewangan selepas 80% hutang peneroka yang boleh dikutip dilupus kira.



"Kementerian Kewangan (MOF) ingin mengesahkan bahawa perjanjian Assignment for Financial Service Reserve Account (FSRA) telah ditandatangani oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri dan Menteri Kewangan pada 26 Jun 2023.



"Seperti diumumkan melalui siaran akhbar MOF bertarikh 28 Jun 2023, perjanjian ini melibatkan Jaminan Kerajaan sebanyak RM9.9 bilion kepada Felda untuk menstruktur semula pinjaman agensi tersebut melalui terbitan sukuk dan kredit pusingan dalam usaha memulihkan kedudukan kewangan Felda," kata Kementerian Kewangan dalam kenyataannya.



Menurut Kementerian Kewangan lagi, di bawah perjanjian tersebut, Kerajaan akan membiayai pembayaran balik sukuk melalui peruntukan geran RM990 juta setiap tahun untuk tempoh 10 tahun.



"Sehubungan itu, MOF juga mengesahkan penyaluran pertama RM990 juta telah dilaksanakan pada 18 Julai 2023 selaras dengan peruntukan yang telah disediakan di dalam Belanjawan Madani 2023.



"Penyempurnaan perjanjian jaminan Kerajaan dan penyaluran peruntukan kepada Felda merupakan elemen penting yang dilaksanakan Kerajaan Perpaduan bagi memastikan kelangsungan Felda antara lain mengambil kira antaranya impak kepada aliran tunai dan kedudukan kewangan Felda berikutan penghapusan hutang peneroka Felda," kata kenyataan itu lagi.



 

No comments: